Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Najib ajak rakyat Kelantan tolak Pas gagal tunai janji

2 Mei 2013
Najib Tun Razak
Foto fail, Najib Tun Razak berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan tahun lalu. - Foto Bernama
PASIR PUTEH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Kelantan menolak Pas pada pilihan raya umum ke-13 Ahad ini, kerana pemimpin parti itu banyak menipu rakyat dengan janji yang tidak ditepati sepanjang 23 tahun memerintah negeri ini.
  
Beliau berkata pemimpin parti itu hanya pandai melaungkan slogan tetapi pengisiannya tidak ada untuk memajukan negeri ini sebagaimana yang  diharapkan oleh rakyat.
  
"Bo lah weh, cukuplah 23 tahun, tipu rakyat, bohong. Ini nak buat lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai, buat tabung, ingat boleh buat lebuh raya dengan tabung (pungut derma daripada rakyat)?, berapa banyak tabung masuk, (sedangkan kos RM2 bilion...(tentunya) tak boleh buat," katanya ketika berucap pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai, di sini hari ini.
  
Hadir bersama kira-kira 20,000 orang ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin.
  
Najib yang dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini, mempersoal  Pas yang sering melaungkan slogan negara Islam dan Kelantan sebagai serambi Mekah, tetapi mana masjid yang dibina, sebagai antara lambang mereka menengakkan Islam di negeri ini.

Najib yang juga Pengerusi BN, memberi jaminan kepada rakyat Kelantan  bahawa kerajaan BN akan menunaikan sepenuhnya tujuh janji yang diumumkan beliau sebelum ini bagi memajukan rakyat dan negeri ini apabila rakyat memberi mandat kepada BN pada PRU13.
  
Tujuh janji itu ialah membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai, masjid negeri yang akan menjadi ikon negeri itu, stadium, kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM), membina 3,000 unit rumah mampu milik, perkhidmatan bas rapid Kota Baharu dan menyelesaikan masalah bekalan air.
  
"Ambo beri jaminan menang PRU13, lebuh raya, stadium, masjid dan lain-lain lagi kita akan buat, ambo dah janji buat rumah mampu milik di Kota Baharu sudah pun dimulakan, tempat lain pun kita akan buat, di Pasir Puteh ini pun kita buat. Tujuh perkara itu hanya permulaan, banyak lagi kita akan buat," katanya.
  
Perdana menteri berkata Mustapa ialah calon sesuai untuk menjadi menteri besar Kelantan berikutan rekodnya yang bersih dan jujur serta berpengalaman luas sebagai menteri kabinet dan di peringkat antarabangsa.
  
Beliau yakin dengan pengalaman yang luas itu, Mustapa mampu membawa banyak pelaburan bagi melaksanakan pelbagai projek besar untuk dimanfaatkan rakyat negeri ini.

Najib juga berkata kerajaan BN mempunyai wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang lebih kuat, bermaruah, dihormati dan dicontohi oleh negara Islam lain.
  
"Saya, Datuk Pa (Mustapa), hadir persidangan OIC (Pertubuhan Kerjasama  Islam) dengan negara Islam lain,  kita ada Mali, Senegal, Comoros, tetapi negara Islam ini, maaf cakap, mundur  dan miskin, tetapi di peringkat OIC, Malaysia masih dihormati kerana mereka  melihat di bawah kepimpinan BN makin maju dan berjaya.
  
"Jangan nak main slogan, main bendera bulan, orang OIC tidak hormat bendera bulan, dia hormat kalau negara Islam kuat kerana ilmu, ekonomi, perdagangan, politik mantap, berasaskan makasid syariah," katanya.
  
Beliau berkata PAS tidak berupaya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh dan dihormati sebaliknya akan menjadi mundur.
  
"Macam mana nak kata ada maruah, pergi OIC, orang Arab kata masalah air di Kelantan pun tak selesai, mu nak kecek gapo (cakap apa)...," katanya yang turut membidas pemimpin PAS yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pergi ke Gaza untuk membantu umat Islam Palestin, sebagaimana beliau lakukan untuk membantu umat Islam yang terjejas di sana.
  
Sehubungan itu, Najib menasihati rakyat supaya membuat pilihan yang tepat pada PRU13 Ahad ini, untuk masa depan negara yang lebih cemerlang. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.