Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Ragui keselamatan karung pos
JANATUL FIRDAUS YAACOB
2 Mei 2013
Husam Musa
Husam Musa
PUTRAJAYA - Keselamatan karung undi pos yang dijalankan anggota keselamatan di Putrajaya dipertikai tahap ketelusannya.

Calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa berkata, polis menolak permohonan Pas Putrajaya untuk menempatkan petugas 24 jam bagi memantau keselamatan peti undi yang disimpan di dalam lokap balai polis tersebut.

“Tanpa alasan kukuh pihak polis menolak permohonan kami dan hanya bergantung kepada kunci. Perkara ini menimbulkan kemusykilan syak terhadap ketelusan sistem pilihan raya negara.

“Kunci bila-bila masa sahaja boleh dibuat pendua, bukan kita menuduh polis akan bertindak sedemikian tetapi bagi keyakinan kita dan rasa senang hati semua pihak. Apa salahnya kami letakkan petugas 24 jam?,” katanya ketika sidang media, semalam.

Menurut Husam, sepatutnya kebebasan ini diberikan untuk Pas sebagai tujuan pemantauan keselamatan.

“Kerana sekiranya dibenarkan dengan sendirinya  rakyat  akan menjadi lebih yakin kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan proses pilihan raya di negara ini.

“Bila dia tolak orang akan mula syak apa yang dilakukan oleh mereka (kerajaan) terhadap undi pos ini sehingga kita tidak boleh pantau. Dalam tempoh lima hari, macam-macam perkara boleh jadi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, perjalanan undi pos pada 30 April lalu terdapat seramai 636 pengundi yang terdiri daripada anggota polis.

“Berdasarkan maklum balas yang diterima mereka (polis) memberi undi yang signifikan kepada calon Pakatan  Rakyat (PR) di Putrajaya iaitu saya sendiri.

“Terima kasih kepada anggota polis yang keluar mengundi,” katanya.

Dalam perkembangan lain Husam memaklumkan pada 2 Mei beliau akan mengadakan diskusi berhubung Pelan Putrajaya dengan penyandang yang juga calon Barisan Nasional (BN) Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“ Dia datang atau tidak saya akan teruskan pembentangan pelan ini untuk merencanakan perubahan yang bakal di bawa di Putrajaya,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.