Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nong Chik: Tindakan penyokong PKR tidak wajar
RUZY ADILA IDRIS 5 Mei 2013
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
 
KUALA LUMPUR - Calon kerusi Parlimen Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mendakwa penyokong parti PKR masih lagi tidak mengikut peruntukan undang-undang apabila terdapat segelintir penyokong masih melakukan perhimpunan kecil-kecilan.
"Ini adalah perkara yang tidak patut dilakukan kerana penyokong PKR menggunakan budak yang masih bersekolah untuk menyertai politik," katanya selepas mengundi sebentar tadi.

Beliau hadir bersama isterinya, Datin Raja Nafesah Raja Nong Chik di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar jam 3.50 petang.

Sementara itu, sebaik Nong Chik keluar meninggalkan pusat mengundi berkenaan beberapa penyokong PKR yang terdiri daripada golongan muda melaungkan perkataan "reformasi" dan "hidup bangla".

Dalam pada itu, sehingga jam-jam terakhir sebelum pusat pengundian ditutup, penyokong PKR masih bersemangat mengibarkan bendera dan poster calon mereka.

Malahan, terdapat beberapa kenderaan yang melalui dihadapan barung PKR.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.