Pasangan pengantin turut mengundi di Seberang Jaya
5 Mei 2013
Pasangan
pengantin, Mohd Shufadrulnizam Shukor, 27, menunjukkan jari isterinya
Nooren Nor Fasha Jasmin, 25, yang dicalit dengan dakwat kekal selepas
membuang undi.
BUKIT MERTAJAM - Pasangan pengantin baru tidak melepaskan peluang untuk mengundi di sini.
Noreen Norfasha Jasmin, 25, dan suaminya Mohd Shufadrulnizam Syukur, 27 mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya di Taman Sembilang yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, pada sebelah tengah hari.
"Saya rasa bangga kerana hari ini adalah hari persandingan saya yang kebetulan sama dengan hari pilihan raya. Saya memang hendak mengundi dan tidak nak lepaskan peluang kerana ia datang lima tahun sekali," kata Noreen Norfasha kepada pemberita selepas mengundi.
Mereka turut ditemani sanak saudara.- Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment