Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PASCA PRU13: Berkuburnya Slogan 1Malaysia, Najib Sudah Tukarnya Kepada "Tsunami Cina"!


1Malaysia Dalam Kenangan

Telah sepuluh hari UMNO/BN kembali memerintah. Dalam erti kata lain Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat meneruskan usaha murninya untuk memansuhkan tol dan PTPTN kerana belum berjaya membentuk kerajaan Persekutuan. Akan tetapi sekiranya dibelek-belek media perdana. Kelihatan seperti Barisan Nasional (BN) sudah pun memulakan langkah pemansuhan.

Tidak, jangan silap. Usaha pemansuhan UMNO/BN yang dimaksudkan bukan terhadap tol atau PTPTN. Itu bukanlah minat mereka. Tetapi apa yang dilihat sedang cuba dimansuhkan adalah falsafah 1Malaysia yang dijulang Najib Razak sebelum ini.

Lihat saja sejurus selepas UMNO/BN memenangi PRU-13, isu yang meletus ialah kononnya prestasi buruk UMNO/BN berpunca daripada “tsunami Cina”. Tanpa membuang masa pertuduhan itu disambut oleh lidah UMNO dengan terpampang sebesar-besar tajuk “Apa Lagi Cina Mahu?”

Bermulalah rentetan serangan demi serangan berbau perkauman seolah-olah keputusan PRU13 simbol kepada Cina lawan Melayu. Sehinggalah membawa kepada seruan paling bengap semalam agar diboikot perniagaan kaum Cina yang menyokong PR. Oh ya, bagaimana mahu tahu yang mana menyokong yang mana tidak? Katakan sajalah mahu boikot perniagaan semua orang Cina.

Najib Razak sendiri kelihatan sudah kurang bicara mengenai 1Malaysia sejak kemenangannya. Seperti yang kita tahu, 1Malaysia yang mahukan rakyat melihat diri mereka sebagai rakyat Malaysia dahulu kemudian barulah kaum, tidak mendapat sambutan di kalangan ahli dan pemimpin UMNO. Akibatnya bola tanggung “tsunami Cina” yang Najib lontarkan tentu akan memakan diri, apabila orang UMNO akan melihat 1Malaysia sebagai slogan gagal dan syok sendiri.

PR mungkin belum berjaya membentuk kerajaan Persekutuan. Tetapi selepas PRU13, semakin menjadi-jadi perpaduan rentas kaum para penyokongnya. Semakin berusaha penyokong PR untuk memperkuatkan perpaduan rentas kaum di kalangan mereka.

Jika sebelum PRU-13 UMNO/BN galak memainkan propaganda kononnya memilih mereka sama dengan memilih Malaysia. Pasca-PRU13 membuktikan pihak mana yang sebenar-benarnya mempunyai semangat Malaysia! -roketkini

Ulasan GB

Apabila Najib dan UMNO menyalahkan "Tsunami Cina" akibat prestasi buruk BN di dalam PRU13 yang lalu, Najib seperti mengakui bahawa projek 1Malaysia dan sekalia program di bawah slogan itu telah GAGAL.

Dan kita melihat dengan jelas, pekung mereka terdedah dan masyarakat Cina membuka mata bahawa UMNO semakin rasis, menghampiri rasisma yang ditaja PERKASA.

Pencacai-pencacai UMNO kian membuak-buak menanamkan sifat bencikan kaum Cina dan DAP yang membawa erti UMNO kini, seperti yang GB ungkapkan sebelum ini, UMNO sudah menjadi kera sumbang di dalam BN.

Wahai Najib, wahai pewncacai, wahai UMNO, terus semarakkan isu tsunami Cina, maka semakin ramai kaum Cina akan menolak mereka sehingga di satu hari nanti, BN akan terus musnah kerana sudah tidak berupaya untuk mendapatkan sokongan kaum Cina yang telah dicaci maki begitu hebat sekarang ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.