16 Mei, 2013
Pengerusi Persatuan Sekolah Mubaligh Kristian Anggotai Kabinet Najib
Menjelang pilihan raya umum lalu, seorang penceramah agama berdoa, "Ya
Allah ya Tuhanku, menangkanlah BN dalam pilihan raya ini. HambaMu ini
bimbang ya Allah, kalau-kalau surau kami ini bertukar menjadi gereja
jika Pakatan menang."Doa ini dibacakan oleh seorang bekas Ketua Hakim
Mahkamah Syariah di negeri Terengganu yang bergelar datuk, bukan
calang-calang guru agama Umno.
Ia dibacakan sebaik sahaja dia selesai memberikan kuliah bulanan di
surau yang asalnya masjid itu di bawah parlimen Marang.Namun
memandangkan Marang adalah kubu kuat PAS dan politik bandar
mempengaruhinya, sentimen tidak betul ini ditolak oleh
masyarakatnya.Calon BN kalah di peringkat DUN dan juga Parlimennya.
Namun, menggunakan sentimen masjid akan bertukar gereja jika Pakatan
menang, PAS jadi tunggangan DAP dan nasib orang Melayu akan tergadai di
bawah Pakatan, Terengganu tidak berjaya berubah sepenuhnya.
Sentimen yang sama juga berjaya menambahkan bilangan
anggota Parlimen Umno dan mengekang kerajaan Pusat dari jatuh ke tengan
Pakatan Rakyat. Sentimen yang sama juga berjaya menghalang orang Melayu
di kebanyakan kawasan di Johor masih mengundi BN walaupun semua
rakan-rakan Cina mereka sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.
Semuanya
kerana orang Melayu khasnya yang tidak terdedah kepada maklumat mengundi
dengan sentimen sedangkan orang Cina mengundi dengan fakta.Semalam,
Datuk Seri Najib Razak selesai membentuk kabinetnya walaupun tidak
berapa lengkap. Salah seorang yang dipilih menyertai kabinet beliau
adalah Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah
Mubaligh Kristian Malaysia.
Perlantikan Mary sebagai timbalan menteri
menimbulkan persoalan kerana dalam masa yang sama Pakatan yang dituduh
mahu menukarkan masjid ke gereja, Kristian akan menjadi agama rasmi dan
sebagainya. Sekarang boleh kah orang ramai menuduh Najib mahu
mengkristiankan sekolah-sekolah di Malaysia? Tentu tidak lojik tetapi
ia satu yang wajar diperkatakan.Mary dilantik sebagai Timbalan Menteri
Pelajaran dalam kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam.
Menteri
Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin
manakala Menteri Pelajaran II adalah Datuk Seri Idris Jusoh yang ditolak
untuk menjadi Menteri Besar Terengganu oleh istana.Perlantikan Mary
dibuat ketika Najib mengumumkan berlakunya 'tsunami Cina' dalam pilihan
raya umum ke 13 baru-baru ini.Akhbar Umno, Utusan Malaysia pula
menyiarkan kenyataan agen Umno yang mengajak "Bersatulah Melayu".
Sebelum itu, Utusan jugalah yang menyiarkan berita di muka depannya,
"Apa lagi yang Cina mahu".
Inilah hipokritnya politik BN. Di bawah,
jentera penerangan dan kempennya berkempen Kristian akan menjadi agama
rasmi jika Pakatan menang.Surau dan masjid pula akan jadi gereja jika
Pakatan menang.
Mereka yang tidak cukup maklumat dan hanya membaca
Utusan dan menonton TV3 termakan dengan kempen ini. Ia kerana kempen ini
menggunakan sentimen bukannya fakta.Sampai bila sebenarnya Umno mahu
bergantung dengan kempen sebegini? Rakyat Malaysia semakin bermaklumat.
Semakin hari semakin ramai rakyat yang akan akses kepada maklumat
melalui internet.Kita berharap, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang
baru faham sentimen ini. Janganlah menipu rakyat dan percayalah jika
hendak ditipupun, hanya sekali orang akan percaya. Tetapi selepas dua
atau tiga kali kena tipu, percayalah rakyat akan humban kamu ke tong
sampah zaman. ~harakahdaily
0 orang berkata:
Post a Comment