Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEKASAM JANGAN MASUK CAMPU HAL PAS

PERKASA JANGAN MASUK CAMPUR HAL EHWAL PAS, HANG CERMIN MUKA DULU BARU BOLEH CAMPUR HAL POLITIK, HANGPA JANGAN JADI BATU API, SEBUT SAJA NAMA PERKASA MAKA TERBAYANG MUKA MAHADHIR, IBRAHIM ALI DAN ZUL KULIM, ORANG-ORANG NIH BOLEH BLAH !
APA YANG PAK KARAMU NAMPAK IALAH SEGALA HELAH SESIAPA JUGA YANG MENGESYURKAN SUPAYA PAS MENGAMBIL ALIH ATAU ADA USHA MENGEMIS JAWATAN MB SELANGOR MAKA ITU SEMUA ADALAH PERANGKAP, DAN MEREKA-MEREKA INI HARUS FAHAM BAHAWA JIKA PAS YANG JADI MB MAKA SELANGOR AKAN MENJADI PUNAH SEPERTI KEDAH, SEBAB ITU PERKASAM TAK USAH MASUK CAMPUR  - Pak Karamu
 
Pas berhak tuntut jawatan MB Selangor
RUWAIDA MD ZAIN
8 Mei 2013
Abu Bakar
Abu Bakar
SHAH ALAM – Pas Selangor berhak menuntut jawatan Menteri Besar emandangkan parti itu berjaya memperolehi 15 kerusi Dun pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berbanding lapan kerusi pada PRU12.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, dengan kelebihan yang ada pada Pas, PKR dan DAP tiada pilihan kecuali memberi laluan kepada parti itu mengepalai Selangor.

Bagaimanapun katanya, kewibawaan Pas akan hilang sekiranya Pas gagal menuntut hak tersebut memandangkan sepanjang penggal lalu Pas banyak bertolak ansur dan hanya menurut segala keputusan yang dibuat.

“Itu sewajarnya kerana rakyat sokong dan undi Pas, sebab hendak melihat Pas memerintah Selangor. PKR dan DAP perlu bagi laluan kepada Pas.

“Kalau betul-betul memartabatkan Islam, Pas kena sedar diri, tunjukkan kehebatan dan kemampuan mereka mentadbir Selangor berlandaskan Islam dan mendukung Islam seperti pegangan parti itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Abu Bakar berkata, selaku badan bukan kerajaan (NGO) yang mengangkat Islam dan Melayu, Perkasa menyokong sekiranya calon Pas dipilih menjadi Menteri Besar.

Beliau berkata, Pas Selangor perlu mengambil peluang tersebut kerana ALLAH sudah menunjukkan kemenangan berpihak kepada Pas iaitu daripada lapan kerusi pada PRU12 kepada 15 kerusi pada pilihan raya kali ini.

“Dulu Pas hanya ada lapan kerusi, tidak boleh buat apa-apa dan tidak boleh cakap apa-apa tetapi sekarang kerusi Pas banyak.

“Tetapi kalau Pas tunduk lagi pada PKR dan DAP, orang Melayu Islam dalam mungkin akan lari dan kecewa dengan parti itu,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.