Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Polis Selangor: Jangan berkumpul di luar pusat mengundi selepas pukul 5 petang

5 Mei 2013
pdrm
SHAH ALAM - Polis Selangor memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berhimpun di luar pusat pengundian selepas tempoh mengundi tamat pada pukul 5 petang ini.

Ketua Jabatan Pengurusan Polis Selangor ACP Hasanuddin Hassan berkata perkara itu bagi memudahkan urusan penghantaran peti undi ke tempat penjumlahan undi yang telah ditetapkan.

"Kita tidak mahu mereka berkumpul sehingga akhirnya boleh mencetuskan suasana yang tidak diingini," katanya kepada pemberita, di sini.

Hasanuddin berkata mereka yang enggan mematuhi arahan itu boleh ditahan di bawah Seksyen 141 Kanun Keseksaan kerana melakukan perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Mengulas perjalanan pengundian di negeri itu, Hasanuddin berkata setakat tengah hari ini polis tidak menerima laporan berkaitan kekecohan atau kewujudan pengundi  hantu.

"Sebaliknya kita telah menerima lapan laporan melibatkan dakwat kekal yang hilang selepas dicuci setakat pukul 12.30 tengah hari tadi," katanya menambah tiga laporan  masing-masing di Hulu Selangor dan Gombak, manakala dua lagi di Serdang.

Laporan itu akan diserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tindakan lanjut, katanya.- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.