Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PRU13: Umno-BN Cuba “Membeli Pengundi” Dengan Beras

charles BN bagi beras 01
KLANG 2 MEI : Penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa terdapat usaha membeli undi melibatkan calon dan jentera Barisan Nasional di kawasan itu.

Beliau mendakwa menerima aduan semalam bahawa sekumpulan petugas BN memberi beras dengan bungkusan yang tertera dengan gambar calon BN dan mesej supaya mengundi gagasan itu.

Petugas itu menaiki trak ke taman perumahan dan mengagihkan bungkusan-bungkusan tersebut kepada penduduk.

“Kes ini berlaku di Pandamaran kira-kira jam 9.30 pagi hingga 10 pagi. Bungkusan itu tertera gambar calon dan slogan undilah BN serta logo 1Malaysia dan BN.

“Antara gambar calon itu ialah Datuk Azman Ching dan Datuk TehKim Poo,” katanya dalam sidang media, di Bilik Gerakan Parlimen Klang, di sini.

charles BN bagi beras 03
Charles mengutuk tindakan tersebut dan berkata ia mencemar proses demokrasi dan ikrar integriti yang ditandatangani Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Beliau berkata terdapat aduan bahawa perkara sedemikian berlaku sebelum hari pernamaan calon tetapi pihaknya tidak mendapat bukti.
“Dalam kejadian semalam kita ada bukti, kita ada gambar BN membeli undi,” katanya.

Charles juga tidak menolak perkara sedemikian berlaku di seluruh Selangor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.