Friday, May 3, 2013
Hamidah Tak Mahu Debat: Penyokong Sembang Berdekah-Dekah, Punggung Penuh Taik
2
Mei 2013 - Sekatan jalan oleh polis menuju ke Taman Maju Rapat pada
malam ini membayangkan bahawa sesuatu yang luar biasa akan berlaku pada
malam ini. Hamidah Osman telah berjaya membuat kejutan besar dan
menggemparkan penduduk Taman Maju Rapat pada malam tadi kerana ramai
yang menyangka beliau tidak akan berani hadir untuk berdebat dengan
lawannya Radzi Zainon.
Penantian Radzi sejak 1 jam akhirnya terjawab dengan riuh rendah
kira-kira 100 orang geng Hamidah berarak berjalan kaki memegang bendera
lambang dacing sejauh 1 kilometer sambil menyanyi lagu patriotik
mengiringi kereta yang dinaiki Hamidah dan jurucakapnya Hamizura.
Keadaan tidak ubah seperti rombongan pengantin memegang bunga manggar
mengiringi pengantin tua iaitu Hamidah Osman cuma tiada diiringi alat
muzik kompang, lagu pengantin dan silat pulut. Orang ramai yang menunggu
membalas nyanyian geng Hamidah dengan sorakan kerana sudah tidak sabar
untuk mendengar cerita dongeng dari Hamidah Osman tentang isu Sekolah
Agama Rakyat yang berlarutan sejak berbulan-bulan lamanya.
Kira-kira 100 meter dari pentas debat, rombongan pengantin itu berhenti
seketika, seorang samseng Hamidah dengan suara garang lagak seperti Hang
Tuah memanggil Hang Jebat memanggil nama Radzi Zainon seperti mahu
membuat perhitungan nyawa. Tidak pasti apa yang akan dilakukan oleh puak
yang penuh kelakar ini, tadi tengok dari lagak rupanya seperti mahu
melancarkan peperangan. Apa yang ditunggu oleh rombongan pengantin ini,
rupanya Hamidah mahu disambut seperti mana pengantin perempuan menyambut
ketibaan pengantin lelaki, tapi dalam hal ini ia terbalik - Radzi yang
kena sambut Hamidah yang berlagak macam pengantin lelaki. Satu lagi
lawak jenaka yang dilakukan oleh geng raja lawak ini.
Radzi yang tenang orangnya terpaksa bangun dari tempat duduknya di
pentas debat dan pergi menyambut kedatangan pengantin malam itu yang
tidak berseri itu. Tidak lama selepas itu Hamizura jurucakap Hamidah
menjerit-jerit meminta pihak penganjur menunjukkan 'permit' polis untuk
menganjurkan acara debat terbuka itu. Setelah ditunjukkan permit mereka
seolah-olah tiak percaya dan mula menggelabah. Kerana terkejut dengan
permit polis, geng Hamidah cuba mencari alasan lain untuk mengelak dari
berdebat dengan Radzi Zainon. Rupanya niat mereka datang bukan untuk
berdebat, tapi sengaja hendak membuat kecoh, menunjukkan mereka masih
ada penyokong dan cuba meminta pihak polis membatalkan debat tersebut.
Seperti biasa Hamizura yang sering mendesak pihak berkuasa supaya
menurut kehendaknya akhirnya berjaya mempengaruhi pihak polis supaya
mengarahkan acara debat pada malam ini dibatalkan. Pengumuman pembatalan
debat itu yang sepatutnya diumumkan oleh Moderator diambil alih oleh
Hamizura, orang yang paling berkuasa di DUN Sungai Rapat buat masa ini.
Hamizura dengan selamba badak mengambil mikrofon dari Moderator dan
mengumumkan debat dibatalkan tapi tidak sempat kata-katanya dihabiskan,
orang ramai sudah mula membingitkan suasana sehingga tenggelam suara
Hamizura yang lantang itu. Siapa berani melawan Hamizura sedangkan pihak
berkuasa juga sering dilihat akur kepada kehendaknya.
Kejadian malam tadi jelas menunjukkan bahawa regu adik-beradik
Hamidah-Hamizura sememangnya tidak berniat untuk berdebat dengan Radzi
Zainon malah mencari-cari alasan untuk memastikan debat tidak dapat
dilangsungkan. Kedatangan mereka hanya untuk menunjukkan kononnya mereka
memang berani dengan membawa samseng berbadan besar tapi hakikatnya
hati mereka kecil dan mereka itu sangat pengecut.
Radzi berkata, Hamidah sebenarnya tidak mahu bertanggungjawab di atas
tuduhan fitnah yang dilontarkan kepadanya dan ini menunjukkan geng
Hamidah tidak ada 'point' untuk menyerangnya dalam isu Sekolah Agama
Rakyat. Tambahnya, jika inilah saja tindakan yang mampu dilakukan oleh
geng Hamidah/Hamizura, perdebatan tidak akan menjadi kenyataan kerana
ini sudah kali ketiga pihak penganjur mencabar Hamidah untuk berdebat.
Orang ramai yang ditemui juga berasa kecewa dengan tindakan Hamidah itu
dan ada yang berpendapat Hamidah sendiri tidak layak untuk bercakap dan
tiada kekuatan dalam mengemukakan hujah menyebabkan beliau tidak akan
berani menghadapi musuh secara berdepan.
- MediaPerak.net
0 orang berkata:
Post a Comment