Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Rakyat Melaka diingat tidak sebar hasutan melalui SMS dan media sosial
8 Mei 2013
MELAKA - Polis hari ini mengingatkan orang ramai di Melaka agar tidak terlibat dengan penyebaran kenyataan berunsur hasutan melalui SMS atau media sosial bagi memecahkan perpaduan kaum di negara ini.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, pihaknya mengesan penyebaran SMS dan di laman sosial mengenai hasutan bersifat perkauman dalam bahasa Cina yang diterjemah ke bahasa Melayu bertujuan menaikkan kemarahan kaum Melayu di negeri ini.

"Saya percaya khabar angin berbaur hasutan ini disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai keinginan untuk mencetuskan huru-hara di negara kita ini kerana tidak berpuas hati dengan pilihan raya lepas," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu tidak seharusnya berlaku dan rakyat perlu menerima keputusan pilihan raya dalam keadaan tenang dan kembali hidup bermasyarakat dengan harmoni.

Chuah turut menasihatkan rakyat Melaka supaya tidak menyertai perhimpunan yang dirancang pembangkang di Stadium Kelana Jaya, malam ini.

"Mereka yang menghadiri perhimpunan itu boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman," katanya.

Sementara itu, Chuah berkata pihaknya menerima 276 laporan sepanjang pilihan raya umum ke-13 bermula hari penamaan calon pada 20 April hingga hari pengundian 5 Mei lepas membabitkan pelbagai kes termasuk menurunkan bendera atau poster parti bertanding dan penggunaan dakwat kekal.

Beliau berkata, enam tangkapan turut dilakukan antaranya melibatkan kejadian pergaduhan dan penyamaran sebagai pemerhati bebas sepanjang PRU13. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.