Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 4 Mei 2013

GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT LENGGONG MAHUKAN PERUBAHAN: Konvoi, Solat Hajat, Munajat & Ceramah.

SINGGAH DI KG. LUAT
LENGGONG: Penyertaan luarbiasa konvoi kereta dan motosikal "Rakyat Lenggong Mahukan Perubahan."  sempena Munajat perdana rapat umum oleh Tn Guru Nik Razi Nik Mat (adik TG Nik Aziz nik Mat) di dataran Kak Yam, Lenggong, menyaksikan kebangkitan rakyat benar-benar mahu menzahirkan kehendak mereka agar rakyat di Parlimen ini merubah tampuk pemeritahan yang dikuasai oleh Umno-Bn sejak 12 kali pilihanraya umum lalu.


SOLAT MAGHRIB DAN SUNAT HAJAT 
Dianggarkan seramai lebih 2000 peserta pelbagai  lapisan umur, bermotosikal dan kereta berarak bersama konvoi  sepanjang deretan 6 kilometer, yang bermula di bilik gerakan PAS Kg. Padang, Gerik selepas solat asar dan berakhir di dataran Kak Yam, pekan Lenggong sebelum azan mahgrib berkumandang.

Sepanjang tempoh kempen PRU 13 ini, penganjuran Konvoi terbesar kali ke2 yang di mobilisasikan oleh Sebuah Badan NGO Gabungan Anak Muda Lenggong (GAML) untuk membantu Calon PAS P.055  Parlimen Lenggong, Tn Hj Razman Zakaria, sepanjang tempoh berkempen telah berjaya menarik perhatian rakyat disini terutamanya, golongan pengundi muda.

Tn Hj Razman merupakan penaung kepada badan NGO GAML yang memberikan harapan baru kepada anak muda, beliau telahpun menyediakan beberapa pelan perancangan yang telah dirangka untuk menjana peningkatan dan taraf hidup anak muda yang mahu bermastautin di kampung halaman mereka merangkumi aspek ekonomi dan hala tuju khas untuk anak muda sekiranya beliau diberi mandat untuk mewakili rakyat di Parlimen pada PRU 13 kali ini.

Alhamdulillah, sokongan padu daripada rakyat Lenggong kepada Tn Hj Razman, sudah menampakkan ada sinar kemenangan kepada beliau, yang mungkin akan mencatatkan satu sejarah baru kemenangan PAS disini, sekaligus akan memadamkan rekod kemenangan Umno-Bn selama 12 kali pilihanraya umum berlaku di Parlimen Lenggong tidak lama lagi.

Sementara itu. Tn Guru Nik Razi Nik Mat, mengimamkan solat Maghrib dan sunat hajat berjemaah di dataran Kak Yam, serta mengimamkan solat Isyak di iringi tazkirah sejurus selesai bermunajat.

Sesi ceramah pada malam itu juga, PAS turut memperkenalkan diatas pentas ceramah  2 orang calon mewakili Pakatan Rakyat (PKR) yang bertanding di kerusi N.03 DUN Kenering, Ust Mohamad Tarmizi bin Abd Hamid dan calon N.04 DUN Kota Tampan; Zahrul Nizam bin Abd Majid.

Pecutan terakhir rapat umum pada malam ini, PAS kawasan Lenggong mengadakan ceramah di 5 tempat berasingan di DUN Kenering menampilkan Penulis Blog Sakmongkol, Beliau merupakan bekas Setiausaha Umno Bhg.Pekan yang dipengerusikan oleh DS Najib Razak bersama Seorang bekas AJK Badan Perhubungan Umno Negeri Perak, Sdr Nazri, yang akan berceramah di Felda Lawin Utara (rumah sdr Raof,) di bilik gerakan PAS Kg. Padang Jeri dan di bilik gerakan Kg. Sawa.

Manakala di DUN Kota Tampan, ceramah akan diadakan di bilik gerakan PAS pekan Kuak, Bilik gerakan PAS Kg. Luat. Penceramah terdiri dari Ust. Ibrahim Zakaria, mantan calon Parlimen Lenggong dan beberapa penceramah tempatan.

Ayuh,.. kepada pengundi tinggal di luar kawasan yang pulang untuk mengundi. Anda semua dijemput hadir menyaksikan kebangkitan rakyat Lenggong yang mahukan perubahan dan kita bersama meraikan semua program yang telah dianjurkan oleh PAS didalam keadaan yang aman dan selamat.

Insya Allah, sama-sama kita terjemahkan kemenangan rakyat melalui peti-peti undi bagi memenangkan Pakatan Rakyat di Parlimen Lenggong pada PRU 13 kali ini. Dan selepas ini, kita akan dapat menyaksikan satu sejarah baru akan tercipta disini bersama-sama dengan suara rakyat yang mahu menyaksikan Pakatan Rakyat menawarkan kebajikan yang lebih bermanfaat untuk masa depan yang lebih baik kepada seluruh rakyat di kawasan PArlimen Lenggong ini, insya Allah.

Jom Pakat Undi PAS dan Pakatan Rakyat... "PAS dan Pakatan Rakyat Harapan Baru Rakyat Lenggong."




ANAK MUDA MENUNGGU DI PEKAN LAWIN SAMBUNG 









































0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.