Sambungan Lintas Langsung Perhimpunan Suara Rakyat 505
15 Rejab 1434 H. [MOD] -
Malaysiakini/-
11.20pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya
menggesa orang ramai membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang
hilang apabila dibasuh selepas selesai mengundi.
"Kita ikut pertahankan cara yang aman. Kita akan berhimpun dan bergerak
bila perlu tapi mulai Ahad dan Isnin, buat laporan dan kita mahu puluhan
ribu laporan dibuat," katanya.
11.05pm: Pengerusi Badrul Hisham Shaharin meminta lampu
di Dataran PJ dipadamkan dan meminta hadirin menggunakan telefon dan
pemetik api untuk menerangi tempat tersebut.
Idea ini ialah untuk meraikan pembebasan Adam Adli, seorang aktivis
pelajar yang berdepan dengan tuduhan menghasut. Adam kini berada di
Pulau Pinang mengunjungi ibunya yang sakit itu.
Hadirin memenuhi permintaan tersebut dengan menjulang telefon mereka dan
suasana di situ kelihatan seperti sekumpulan kelip-kelip.
Badrul Hisham menganggarkan jumlah hadirin telah meningkatkan kepada 70,000.
10.45pm: MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengumumkan Pakatan akan mengheret SPR ke mahkamah berhubung isu pilihan raya.
"Mula minggu depan, kita akan saman pimpinan tertinggi SPR berkenaan dakwat kekal.
"Kamu (SPR) tidak akan lepas dari cengkaman undang-undang.
"Kita akan pastikan mereka bayar harga 'jenayah' mereka dan keadilan ditegakkan.
"Ingat, masa yang sukar tidak kekal lama tapi orang yang kuat dan tegar, kekal lama.
"Kita akan tunjukkan kekuatan kita kepada BN," katanya.
10.40pm - Haris Ibrahim menggesa orang ramai supaya memboikot organisasi media yang berat sebelah atau memihak kepada BN.
Berikutan itu, beliau mengumumkan bahawa kumpulan ABU (Asalkan Bukan
Umno) telah menyediakan klip video untuk menunjukkan bagaimana BN telah
menipu dalam pilihan raya umum.
"Kami mahu anda membawa video ini ke kawasan luar bandar, bagi menunjukkan bagaimana mereka telah ditipu oleh BN," kata Haris.
10.30pm - Selepas berkongsi lokap di Jinjang, Tian Chua (kiri) dan Haris Ibrahim berkongsi pentas pula malam ini.
"Jangan berfikir tangkapan itu akan menakutkan rakyat. Kami tidak akan gentar," katanya.
10.20pm - Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga
berkata, beliau tidak dijadualkan untuk berucap hari ini tetapi
penahanan Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Datuk Tamrin Ghaffar
telah mendorongnya untuk berucap.
Beliau menggesa mereka yang mempunyai bukti penipuan pilihan raya supaya mengemukakannya kepada tribunal rakyat BERSIH.
Sehubungan itu, katanya, seandainya SPR masih mempunyai maruah, maka
mereka mesti meletakkan jawatan sekarang dan kegagalan penggunaan dakwat
kekal merupakan alasan yang sudah cukup untuk mereka berbuat demikian.
9.45pm -
MP Pandan Rafizi Ramli (kiri) berkata tidak akan ada penjara yang
mencukupi untuk kerajaan memenjarakan semua orang yang menyuarakan
bantahan terhadap penipuan pilihan raya.
Rafizi, yang mempengerusikan jawatankuasa Pakatan menyiasat penipuan
pilihan raya, berkata rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPR kerana
telah melanggar janji mereka.
"Jika rakyat berkata terdapat penipuan, bukan tugas mereka untuk menyiasat?" tanya Rafizi.
"Mulai minggu depan kita akan failkan 29 petisyen pilihan raya dan kita
minta semua istiqamah,. Kita akan berjumpa di Dataran Merdeka selepas
ini sehinggalah tuntutan kita dipenuhi," katanya.
Rafizi membayangkan kemungkinan akan adanya himpunan BERSIH 4.0.
9.30pm: Orang ramai membanjiri padang Dataran PJ dan CheguBard mengumumkan himpunan malam ini mencatat kehadiran 50,000 orang.
9.20pm: Penyanyi blues, Ito menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang' dan orang ramai berdiri melambaikan tangan mengiringi nyanyiannya.
9.20pm - MP Kuantan, Fuziah Salleh sedang bercakap
sekarang dan katanya, gaji Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri
Abdul Aziz Yusoff tidak akan menjadi "halal" jika SPR terus mengabaikan
pendapat orang ramai.
9.15pm: Penyanyi Dayangku Intan (kanan) yang bertanding di Parlimen Pengerang berkata Pakatan Rakyat memenangi hati rakyat selepas pilihan raya umum.
Beliau turut mengambil kesempatan menyanyikan serangkap lirik lagu popularnya.
"Aku berpaut di dahan cinta, Masih mengharap kehadirannya,
Aku berpaut didahan cinta, Masih mengharap kehadirannya," disambut tepukan hadirin.
9.10pm: Badrul Hisham Shaharin mengambil tugas pengerusi majlis dan memperkenalkan pemimpin Ronnie Liu naik ke pentas.
Beliau menegaskan perlunya reformasi sistem pilihan raya "jika tidak, kita tidak akan sampai ke Putrajaya".
"Saya percaya sudah tiba masanya kita melancarkan BERSIH 4.0!" katanya sambil mendapat tepukan gumuruh hadirin.
9.00pm: Perhimpunan diteruskan, jumlah hadirin telah meningkat dua kali ganda kepada kira-kira 20,000 orang.
8.00pm: Hujan renyai-renyai tetapi orang ramai masih tidak berganjak, dan ada yang membuka payung.
7.30pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 10,000 orang dan jumlah itu kurang daripada yang dijangkakan oleh pihak penganjur.
7.15pm: Ketua NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, berucap
menggesa peserta mengajak rakan-rakan mereka menyertai perhimpunan
tersebut.
"Malam ini kita akan bersama 'kereta perisai' Reformasi, Tian Chua dan
belum sempat kita telefon untuk jemput dia, dia dah kata nak datang -
pejuang rakyat Haris Ibrahim!" umum Chegubard.
Badrul
Hisham, yang dipercayai dikehendaki pihak polis kerana didakwa membuat
"ucapan berunsur hasutan", berkata penganjur perhimpunan itu berkempen
untuk tiga isu:
1. Bahawa semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya meletakkan jawatan;
2. Pilihan raya diadakan semula di kawasan di mana berlaku penipuan; dan,
3. Menubuhkan tribunal rakyat untuk membolehkan orang ramai melaporkan penipuan pilihan raya.
Selepas Badrul Shaharin bercakap, majlis itu ditangguhkan seketika untuk solat maghrib.
6.45pm - Aktivis pelajar KS Bawani, yang menjadi
terkenal kerana ungkapan "Listen, listen, listen" yang turut berucap,
menggesa hadirin supaya mengajak rakan-rakan dan saudara-mara mereka
supaya menyertai perhimpunan untuk menegakkan hak rakyat.
0 orang berkata:
Post a Comment