Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SATU SIKAP ORANG MELAYU DAN ISLAM LUPAKAN IALAH FATHONAH

KITA UMAT MUHAMMAD SAW BERASA BANGGA DENGAN APA YANG ADA PADA KITA, SAMA ADA KUASA ATAU DARJAT, KITA DISARANKAN MELAKUKAN SESUATU SEBOLEH MUNGKIN MENGIKUTI LANGKAH RASULLULLAH, RASANYA RAMAI JUGA YANG BERSEMANGAT KEARAH TERSEBUT, NAMUN RAMAI DIANTARA MEREKA YANG LUPA DENGAN SATU SIFAT DAN SIKAP RASULLULLAH SAW YANG MEMBAWA KEJAYAAN DAN KEMENANGAN, IAITU FATHONAH, MAKA SIFAT DAN SIKAP INILAH YANG JARANG ADA KEPADA MEREKA, INI MENYEBABKAN UMAT MUHAMMAD REBAH TERSUNGKUR DAN GAGAL MENTADBIR MANUSIA DAN ALAM YANG LAIN - Pak Karamu
Pas tolak kekerasan
SAPINAH AB GHANI
20 Mei 2013
Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
KOTA BHARU - Pas Kelantan selari dengan pendirian pimpinan parti itu di peringkat pusat yang tidak akan menyokong sebarang bentuk kekerasan jalanan untuk menjatuhkan kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sejak dulu hingga sekarang Pas sentiasa memilih jalan demokrasi kerana berpendirian itu pendekatan terbaik untuk menukar kerajaan sedia ada ke arah lebih baik.

“Dalam hal ini, saya teguh bersama kepimpinan Pas Pusat yang menegaskan bahawa dari dulu hingga sekarang sentiasa memilih jalan demokrasi berasaskan kepada pendirian bahawa itulah jalan terbaik setakat ini untuk menukar kerajaan yang sedia ada di Malaysia kepada kerajaan yang lebih baik.

“Bermakna saya juga tidak bersetuju dengan jalan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan dan juga memohon agar proses pilihan raya dihormati,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, beliau juga menggesa pihak- pihak yang mendesak agar pilihan rakyat dihormati turut menghormati pilihan rakyat Kelantan.

“Jika pilihan rakyat Kelantan tidak dihormati, bagaimana pilihan rakyat di tempat lain akan dihormati,” katanya.

Menurutnya, ini kerana situasi semasa menyaksikan pelbagai hak yang sepatutnya dinikmati rakyat Kelantan disekat.

“Saya mengambil contoh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan yang tidak wujud di negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN), tidakkah ini menunjukkan bahawa pilihan rakyat tidak dihormati sehingga mewujudkan kerajaan dalam kerajaan,” katanya sambil mengingatkan ini masa untuk bekerja demi kebaikan rakyat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.