Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, May 18

Mai tengok apa orang KUAT Kedah boleh buat [Baca...]

PAS Kedah mampu bangkit!
Assalamualaikum.,, Ekoran kekalahan PR di Kedah, rata rata orang orang yang menggelarkan diri mereka sebagai pemerhati politik yang cenderung dengan politik Islam serta tidak kurang juga ahli ahli jemaah PAS menyalahkan pemimpin PAS Kedah dengan berbagai bagai alasan.Paling menarik apabila ada yang menyamakan kekalahan Kedah dengan sejarah kekalahan Terengganu yang menurut mereka akan memerlukan masa yang panjang untuk bangkit kembali.

Nampak macam benar pendapat ini yang berfaktakan sejarah kekalahan Terengganu.Akan tetapi setelah diteliti ada bezanya kekalahan Kedah dengan kekalahan Terengganu yang boleh dijadikan asas untuk PAS bersama PR bangkit kembali di Kedah dalam masa terdekat, tetapi ianya perlukan kerjasama semua ahli jemaah tanpa mengambil kira apa jua kata pemerhati dan kritik dari luar.

Ahli jemaah harus terlebih dahulu memahami apa yang berlaku untuk mengambil pengajaran dan merancang tindakan seterusnya.

Berdasarkan jumlah kerusi yang PAS Kedah tewas, terdapat perbezaan yang jelas dengan cara kekalahan Terengganu pada 2004 dulu.Di DUN, PR cuma tewas 7 kerusi berbanding 28 kerusi di Terengganu dulu.Ini bermakna BN melalui jalan yang lebih sukar untuk mengambil kembali Kedah berbanding Terengganu.BN gagal meraih majoriti 2/3 di Kedah yang menunjukkan sokongan terhadap PAS masih lagi kuat di Kedah berbanding dengan situasi di Terengganu pada tahun 2004 dulu.

Sementara bagi kerusi Parlimen, PR masih menang 3 kerusi sedangkan di Terengganu dulu, PAS tewas semua kerusi Parlimen. Tetapi persamaannya pula, pola pengundi yang sama dengan pola pengundi di Terengganu.Pertambahan jumlah pengundi berlaku seperti di Terengganu tetapi BN masih gagal menguasai Kedah sepenuhnya berbanding Terengganu di mana pertambahan jumlah pengundi menyebabkan BN merayakan kemenangan mereka pada pukul 3 petang, sebelum pusat mengundi ditutup sedangkan di Kedah, BN hanya mengesahkan kemenangan mereka hampir pukul 11 malam(kalau tak silap).

Perbezaan situasi antara kekalahan Kedah dan Terengganu menunjukkan tidaklah sukar bagi PAS bangkit kembali di Kedah.Kalau di Terengganu, kekalahan tahun 2004 menjadi pukulan hebat bagi PAS Terengganu sehingga ada ahli yang keluar parti , ada yang berpaling tadah menyertai UMNO atau menjadi pembodek UMNO.PAS Terengganu memerlukan masa yang panjang untuk kembali merapatkan barisan dan memerlukan barisan pemimpin dan penyokong yang sanggup bersekang mata setiap malam untuk menghidupkan gerak kerja dan dakwah.hasilnya setelah gagal pada PRU 12, akhirnya sinar kemenangan kembali menyinar bumi Terengganu.Saya melihat PAS Kedah tidak perlu melalui semua yang dilalui oleh PAS Terengganu.Apa yang perlu dilakukan oleh PAS Kedah ialah merapatkan segera saf dan segera menghidu tindakan pragmatis UMNO.

Saya pernah menulis mengenai Mukhris yang jadi imam solat dan ada segelintir tidak besetuju dengan saya sambil melemparkan berbagai bagai kencaman pada saya.Apa yang saya mahu tunjukkan ialah dasar pragmatis UMNO, bukan serangan peribadi saya terhadap Mukhris.Apabila gambar dia memakai jubah dan kopiah putih dan menjadi imam solat tersebar sudah tentu ada sesuatu yang hendak dipublisitikan mengambil kira dia berada dalam jemaah yang pragmatis dan nasionalist. Inilah yang perlu dihidu oleh PAS Kedah tak kira apa orang kata, kerana perkara ini boleh menyebabkan orang kampung yang tidak tahu dasar UMNO terpegun dan terpesona dengan Mukhris , Dalam jangka panjang ianya boleh merugikan perjuangan PAS.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.