Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
SPR: Keputusan PRU13 Melaka dijangka diumum seawal 8 malam

  5 Mei 2013
MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Melaka menjangkakan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 bagi negeri itu dapat diumumkan seawal 8 malam esok.

Pengarahnya Haelmy Mohd Hanifah berkata perkara itu dapat dilakukan jika proses pengiraan kertas undi awal yang bermula seawal 4 petang serta pengiraan undi biasa dan undi pos bermula 5 petang berjalan lancar.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Taboh Naning dijangka menjadi lokasi paling awal menerima keputusan kerana mempunyai jumlah pengundi paling rendah iaitu 8,005 orang.

Dun Ayer Keroh pula mempunyai jumlah pengundi paling banyak dengan 34,225 orang.

Bagi kerusi parlimen, Masjid Tanah mempunyai jumlah pengundi paling rendah iaitu 45,952 orang manakala Bukit Katil mencatatkan jumlah pengundi paling banyak dengan 99,438 orang.

Dalam pada itu, Haelmy menasihatkan orang ramai agar keluar mengundi pada awal pagi dan tidak membiarkan jari mereka dicalit oleh pihak selain SPR. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.