Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
SPR nafi tuduhan
NOOR AZURA SAHRIL
3 Mei 2013
SPR nafi tuduhan
Abdul Aziz memerhatikan petugas SPR membuka karung undi pos yang diterima dari luar negara di Wisma Putra, Putrajaya semalam. - FOTO: SAFWAN MANSOR
 
PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tidak menghairankan sekiranya ramai pengundi dari Sabah dan Sarawak pulang ke Semenanjung menjelang hari pengundian, Ahad ini.

Ini kerana katanya, mereka adalah daftar pemilih berdaftar yang pulang tunaikan tanggungjawab mengundi.

“Adakah salah jika mereka pulang mengundi. Realitinya ramai rakyat negara ini bekerja dan mengundi di tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas meninjau undi pos luar negara di Wisma Putra, semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa SPR dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) mendalangi kemasukan sejumlah besar pengundi diragui dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.

Anwar berkata, kemasukan besar-besaran pengundi itu ketika negara akan hadapi pilihan raya umum pada 5 Mei ini sangat mencurigakan.

Abdul Aziz berkata, bukan pengundi dari Sabah dan Sarawak sahaja, malah ramai kalangan pengundi di Semenanjung sendiri pulang mengundi ke kawasan masing-masing.

“Anwar Ibrahim juga menetap di Segambut, tetapi mengundi di Permatang Pauh,” katanya.

Tegas Abdul Aziz lagi, SPR adalah badan bebas, berkecuali dan tidak bersekongkol dengan parti politik.

“SPR tidak memihak kepada mana-mana pihak waima kerajaan.  SPR tidak menipu dan tidak mempunyai sebarang agenda. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kira-kira 70 peratus pengundi pos luar negara keluar mengundi di 100 pejabat perwakilan Malaysia, Ahad lalu.

Katanya, pengundi luar negara yang berdaftar berjumlah 8,756 orang, dan daripada jumlah itu, 6,092 hadir pada masa penyerahan dan penerimaan balik sampul undi pada hari itu.

Abdul Aziz berkata, pengundi tidak hadir seramai 2,633 orang dan mereka bertanggungjawab menghantar sendiri kertas undi secara pos ke pejabat Pegawai Pengurus (RO) pilihan raya masing-masing di Malaysia sebelum 5 petang, 5 Mei ini.

“Saya sangat gembira dengan respons daripada rakyat Malaysia di luar negara,” katanya.

Beliau berkata, beg diplomatik yang mengandungi kertas undi pos diterima pihaknya itu dihantar terus ke pejabat SPR negeri sebelum disalur ke pejabat RO di seluruh negara.

Beliau berkata, kertas undi pos dan undi awal itu akan dibuka dan dikira pada hari yang sama dengan kertas undi biasa iaitu pada 5 Mei.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.