Thursday, May 9, 2013
Anwar salah pilih calon
B Nantha Kumar May 9, 2013
Pasir
Salak, Bagan Serai, Setiawangsa, Tanjong Malim dan Hulu Selangor
dianggap sebagai kerusi-kerusi potensi untuk di menang tetapi kalah
kerana faktor calon
PETALING
JAYA: Sekumpulan anggota PKR mendakwa ketidakcekapaan Ketua Umum PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih calon yang ‘salah’ mengakibatkan PKR
tewas empat kerusi parlimen di Perak dan satu di Selangor pada pilihan
raya yang ke-13 yang berlangsung Ahad lepas.
Menurut
sumber parti, Pasir Salak, Bagan Serai, Setiawangsa, Tanjong Malim di
Perak dan Hulu Selangor di Selangor dianggap sebagai kerusi-kerusi
potensi untuk di menang tetapi kalah kerana faktor calon.
“Antara
kawasan yang kalah teruk dengan majoriti yang besar ialah di parlimen
Pasir Salak. Calon ‘kesayangan’ Anwar iaitu Mustaffa Kamil Ayub kalah
dengan majoriti 7,386 lebih teruk berbanding 2008,” katanya sumber
tersebut yang enggan mendedah identitinya.
“Kekalahan
di Pasir Salak, seharusnya menjadi pembuka mata kepada pimpinan PKR
pusat agar memilih calon ‘yang turun padang buat kerja’ dan bukannya
calon yang hanya sekadar rapat dan ‘berlegar’ di sekeliling Anwar dan
Wan Azizah, presiden parti semata-mata,” tambahnya.
Di
Pasir Salak sepatutnya parti peka penolakan pimpinan akar umbi terhadap
Mustaffa apabila Setiausaha cabang merangkap pengarah Jentera
Pilihanraya PKR cabang Pasir Salak, Taufik Hasan dan beratus-ratus ahli
PKR Pasir Salak keluar parti sebaik sahaja Anwar mengumumkan Mustafa
sebagai calon dalam satu program ceramah kira-kira sebulan sebelum
tarikh pembubaran parlimen.
Ramai
mempertikaikan kredibiti Mustaffa apabila rekod menunjukkan beliau
adalah calon ‘tak boleh menang’…tewas setiap kali bertanding PRU sejak
1999 (parlimen Kuala Kangsar), 2004 (parlimen Lumut) 2008 (tewas di
parlimen Pasir Salak dan dun Sungai Manik) dan sekarang PRU 2013 tewas
lagi dengan majoriti yang begitu besar (7,386) juga sekali lagi di
parlimen Pasir Salak).
‘Tewas majoriti besar’
“Tiada seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat peringkat pusat yang tewas dengan majoriti sebegitu besar.”
“Mustaffa
juga dilihat sebagai pemimpin ‘nomad’ (sering berpindah randah dari
satu parlimen ke satu parlimen lain)…tidak kekal bekerja di sesuatu
kawasan piliharaya tetapi akan hanya muncul di kawasan beberapa hari
sebelum penamaan calon juga atas ‘belas ehsan Anwar atau Wan Azizah.”
“Anwar juga silap dalam meletakkan seorang lagi ‘kroni’ bertanding dan tewas di parlimen Hulu Selangor,” katanya.
Khalid
Jaafar seorang bekas penulis ucapan Anwar tidak popular di kalangan
jawatankuasa PKR Hulu Selangor. Lantaran itu dua pemimpin setempat telah
bertanding atas tiket bebas di Hulu Selangor bagi menyatakan bantahan
terhadap keputusan parti meletakan Khalid sebagai calon.
Khalid yang tewas bertanding di Bukit Katil pada 2008, kali ini kalah dengan majoriti yang agak besar berbanding 2008.
Meletakkan Dr. Muhd Nor Manuty juga seorang yang rapat dengan Anwar sejak zaman Abim lagi di parlimen Bagan Serai, Perak juga mendapat bantahan hebat dari pemimpin akar umbi setempat.
Meletakkan Dr. Muhd Nor Manuty juga seorang yang rapat dengan Anwar sejak zaman Abim lagi di parlimen Bagan Serai, Perak juga mendapat bantahan hebat dari pemimpin akar umbi setempat.
Sepatutnya DUN bukan parlimen
Dr
Muhd Nor yang merupakan pengerusi PKR Negeri Perak adalah ketua
cabang PKR Larut sepatutnya bertanding di peringkat DUN bukannya di
kerusi parlimen bagi menguatkan dan menyokong calon-calon negeri yang
bertanding.
Tetapi, disebabkan keghairahan untuk ke Putrajaya, maka Dr Muhd Nor menjadi mangsa , tewas dalam percaturan Anwar.
Meletakkan Ibrahim Yaakob di kerusi Setiawangsa bagi kali kedua juga percaturan yang disilap oleh Anwar.
Ibrahim
yang dianggap sebagai ‘chief of staff ‘ di kalangan ‘inner circle’
parti merupakan orang kanan Anwar dalam menetapkan jadual temujanji dan
ceramah dan bertugas sepenuh masa di pejabat Anwar.
Beliau
tidak diihat sebagai nama besar parti di Setiawangsa yang merupakan
kawasan masyarakat kelas pertengahan di tengah -tengah kotaraya Kuala
Lumpur.
Anwar
juga harus disalahkan apabila meletakkan Datin Paduka Tan Yee Kew
(dianggap seorang berstatus nenek) bertanding di kerusi parlimen
Tanjong Malim, Perak.
Berkempen seorang diri
Tan
datang ke Tanjong Malim sehari sebelum hari penamaan calon
mengakibatkan beliau berkempen berseorangan semasa dua minggu tempoh
berkempen.
Masyarakat
Cina setempat mengadakan demonstrasi apabila pimpinan pusat
mengenepikan calon pemudi AMK Chua Yee Ling yang telah bekerja di sana
lebih tiga tahun sebelum ini.
Chua kemudiannya dipindahkan ke DUN Kuala Sepetang (dalam parlimen Bukit Gantang) dan telah menang.
Dalam
satu kes lain pula, Anwar juga telah memberikan satu kerusi DUN secara
mudah kepada seorang calon di DUN Paya Rumput , Melaka bukan atas rekod
kerja calon tersebut, sebaliknya kerana calon tersebut ‘Cikgu Taha’
sering membacakan doa setiap kali diadakan majlis tahlil malam Jumaat di
kediaman Anwar di Segambut.
“Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pimpinan parti di Melaka.”
“Kami
(ahli PKR) menyokong penuh Anwar dalam isu menolak dan membantah
keputusan PRU yang diumumkan atas alasan berlakunya pelbagai penipuan
semasa PRU ini.
“Tetapi,
dalam masa yang sama Anwar juga harus muhasabah diri apabila beliau
menafikan ‘hak’ pemimpin setempat yang telah bekerja keras beberapa
tahun di sesebuah kawasan tetapi di saat-saat akhir tempat tersebut
diberikan secara percuma kepada calon-calon yang rapat dengan beliau.
0 orang berkata:
Post a Comment