Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Transformasi Najib perlu terima kebebasan media jika kekal mandat
Wartawan Sinar Harian
3 Mei 2013
Transformasi Najib perlu terima kebebasan media jika kekal mandat
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditemubual oleh pengacara Mandat 2013, Datuk Ahmad A. Talib (kiri) ketika rakaman program bual bicara itu di Sri Pentas di sini, hari
 
SHAH ALAM - Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu memasukkan hak kebebasan media yang mutlak dalam plan transformasinya jika terus diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Ketua Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar.

Menurutnya, jika kerajaan tidak melaksanakan langkah mentransformasikan kebebasan media, Malaysia akan dianggap sebagai mundur.

Beliau juga berkata, kerajaan wajar beri kebebasan media secara mutlak termasuk penghapusan permit akhbar bagi membolehkan bahan berita dihasilkan tanpa halangan.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) perlu menjadikan kebebasan media sebagai plan transformasi.

"Kerajaan dilihat masih menyekat hak kebebasan media, di mana dikatakan media kita telah bebas?

"Ia hanya dari segi penggunaan internet, kita bebas sedikit kalau surat khabar, televisyen dan radio ia dilihat masih tak bebas," katanya pada Forum Hari Kebebasan Media Sedunia, di sini, hari ini.

Forum ini dianjurkan bersama oleh Asian Institute for Development Communication, Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Selangor (Unisel) dan Sinar Harian.

Ia diadakan sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia hari ini.

Forum bertajuk “Safe To Speak: Securing Freedom of Expression In All Media” ini mengetengahkan Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, Datuk A Kadir Jasin; Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman sebagai ahli panel.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.