Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tidak simpati pada calon bebas yang menentang Umno/BN, kata Muhyiddin

May 03, 2013

LEDANG, 3 Mei — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata calon Bebas yang merupakan bekas anggota Umno atau Barisan Nasional (BN) tidak harus diberi simpati kerana mereka jelas menentang parti apabila membuat keputusan bertanding sebagai calon Bebas.

Timbalan perdana menteri (gambar) berkata walaupun mereka pernah menjadi anggota atau pemimpin Umno tetapi mereka kini dianggap musuh Umno dan BN. 

“Jawatankuasa Disiplin sudah pecat. Dia (calon Bebas) tidak lagi di dalam Umno, jadi jangan beri simpati kepada dia. 

“Saya tahu Wanita (Pergerakan Wanita) akan kata kasihan...kasihan...tetapi tiada maaf tuan-tuan dalam pilihan raya,” katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru Wanita BN Ledang, di Stadium Foong Yoon Kong, Bukit Gambir, di sini hari ini. 

Seorang pemimpin Wanita Umno turut dipecat keanggotaannya kerana bertanding atas tiket Bebas iaitu Naib Ketua Datuk Kamilia Ibrahim bagi kerusi parlimen Kuala Kangsar.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Muhyiddin Puan Sri Noorainee Abd Rahman, calon BN bagi kerusi parlimen Ledang Hamim Samuri dan calon BN untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN) Gambir M. Asojan. 

Pilihan raya umum Ahad ini akan menyaksikan Asojan, yang merupakan penyandang kerusi DUN itu sejak dua penggal lepas ditentang Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan dua calon Bebas, Mohd Zan Abu dan Yunus Mustakim. 

Mohd Zan ialah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ledang sebelum dipecat kerana bertanding atas tiket Bebas dan Yunus pula ialah bekas Ketua Umno Cawangan Kampung Parit Rabu.  
Muhyiddin yang akan mempertahan kerusi parlimen Pagoh berkata para pengundi khususnya kawasan parlimen Ledang dan DUN Gambir bukan sahaja perlu memberikan sokongan padu kepada calon BN demi kejayaan yang cemerlang tetapi memastikan kemenangan itu memberi tamparan hebat kepada calon Bebas berkenaan.

Beliau berkata tiada istilah kasihan dalam Umno dan BN terhadap calon Bebas itu kerana tindakan mereka boleh menyebabkan kekalahan parti sekaligus mencemar maruah BN. 

“Jangan kita beri satu undi pun kepada calon Bebas. Ada yang kata tidak mengapa nanti mereka (calon Bebas) akan jadi rakan BN apabila menang. Tetapi tiada istilah mesra BN di sini. Ini suatu pertarungan. Mereka akan dipecat seumur hidup,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata dalam tempoh berkempen yang tinggal hanya dua hari lagi, anggota jentera pilihan raya perlu menggiatkan kempen mereka supaya calon BN yang bertanding akan mendapat majoriti kemenangan yang besar. 

Terdahulu, Muhyiddin yang tiba di pekan berkenaan pada kira-kira pukul 9 pagi, berkesempatan melakukan tinjauan mesra dengan isteri, bertemu penduduk setempat, peniaga dan orang ramai di pasar lambak di sini. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.