Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, May 14, 2013

TAHNIAH PAS KEDAH...CANTAS SEMUA DAHAN YANG REPUT.BIAR TUMBUH TUNAS BARU..




Dato' Haji Ir Phahrolrazi Haji Mohd Zawawi telah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah kerana mengambil tanggungjawab sepenuhnya diatas kekalahan PAS Kedah sehingga hilangnya Kerajaan Kedah yang ditadbir oleh PAS dalam PRU 13 pada 5 Mei 2013 yang lalu..
Walaupun Hj Phahrol telah memenangi kerusi N17 Pengkalan Kundur dengan majorati 3884 jauh lebih besar berbanding pada PRU 12 yang lalu tetapi beliau dengan prinsipnya yang tinggi telah melepaskan jawatan tersebut bagi memberi ruang dan peluang kepada Dato’ Mahfuz Omar yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru untuk membentuk barisan kabinetnya yang baru bagi menyusun gerak kerja untuk menawan semula Kedah pada PRU 14 nanti..

Di peringkat PAS Pusat saya menyeru Presiden TGHH juga perlu mengambil langkah yang sama untuk melepaskan jawatannya sebagai mengambil sikap bertanggungjawab atas kekalahan PAS di beberapa kerusi parlimen yang dulunya 27 kerusi tetapi sekarang pada PRU 13 hanya tinggal 21 kerusi..

Pada pendapat saya juga Senator Yusuf Husin perlu melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri Kedah serta jawatankuasanya kerana gagal memainkan peranan yang berkesan dalam gerak kerja pilihanraya tetapi sebaliknya lebih berpolitik sesama sendiri.

Che Had Dali perlu melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Bilik Gerakan Negeri kerana dalam suatu ‘briefing’nya dulu didepan TGHH Presiden PAS telah menyebut Dato’ Seri Ustaz Azizan merupakan faktor kepada penyumbang kemenangan PAS di Kedah sebanyak 70% sekiranya dia bertanding lagi dalam PRU 13 tetapi apa yang berlaku disebaliknya, bukan Kerajaan Kedah sahaja yang telah hilang bahkan kakinya juga hilang akibat kesihatannya yang terlalu dhoif.

Kalau mereka tidak mahu jga melepaskan jawatan saya menyeru agar Pesuruhjaya PAS yang baru Mahfuz Omar agar memecat mereka yang terbabit dalam politiking sesama sendiri bagi membentuk barisan kepimpinannya yang baru bagi memacu kejayaan dalam PRU 14 nanti…

SEMOGA ALLAH SWT AKAN SENTIASA MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN DEMI MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH....

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.