Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Vell Paari: Pelantikan Waytha bukti Najib beri keutamaan kepada kaum India

May 16, 2013
Waythamoorthy dilantik sebagai timbalan menteri. - Gambar fail KUALA LUMPUR, 16 Mei — MIC menyambut baik keputusan  Datuk Seri Najib Razak melantik pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy sebagai timbalan menteri, menyatakan perdana menteri memberi keutamaan lebih tinggi kepada kaum India.
“Waytha sebelum ini pernah melemparkan tuduhan amat negatif terhadap PM dan Barisan Nasional, tetapi hakikat bahawa PM bersedia mengetepikan semua itu menunjukkan PM mengutamakan pembangunan kaum India berbanding perasaannya sendiri,” kata Pengarah Strategik MIC S. Vell Paari dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ini membuktikan Najib komited untuk menunaikan janjinya untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi kaum India.
Semalam, perdana menteri mengumumkan barisan baharu Kabinet selepas pilihan raya umum ke-13 yang termasuk dua menteri dan empat timbalan menteri daripada kaum India.
Selain Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel yang dilantik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam sebagai Menteri Kesihatan, empat yang lain dilantik sebagai timbalan menteri—Datuk M.Saravanan (Belia dan Sukan), P.Kamalanathan (Pelajaran dan Pengajian Tinggi), Datuk Dr J.Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan P.Wyathamoorthy (Jabatan Perdana Menteri).
“Bagi diri saya, lebih ramai kaum India memegang jawatan kerajaan, lebih meriah,” kata Vell Paari, dan menurutnya MIC perlu melakukan penstrukturan semula dan rombakan parti daripada segi ideologi, dasar dan pendekatan untuk kekal relevan kepada semua rakyat Malaysia. – Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.