Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, May 1, 2013

Jaminan Tuan Guru Abdul Hadi Awang jika Pakatan menang.


Jaminan Tuan Guru Abdul Hadi Awang jika Pakatan menang
Bahawa PAS berkewajipan memperkenalkan agenda pembangunan insan yang sebenarnya mengikut acuan Allah, pencipta manusia dan seluruh alam. Kegagalan sesuatu sistem pendidikan menjadikan negara dan bangsa ketinggalan, lemah dan hina.

PAS bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Rakyat sungguh komited untuk melakukan penilaian semula terhadap Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang kini dilaksanakan di sekolah - sekolah di seluruh Malaysia.

Walaupun ada kebaikannya, tetapi melaksanakannya secara separuh masak tanpa menyediakan infra tenaga tambahan yang mencukupi akan hanya mendera guru-guru yang terlibat.

Apa yang kini dilaksanakan adalah tidak menepati konsep dan aplikasi sebenar PBS. Ini memberi kesan negatif kepada sistem pendidikan negara. 

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Contohnya tekanan kerja, kerja perkeranian yang tinggi, pengabaian pengajaran dan pembelajaran kerana tertumpu kepada mengisi dan mengemas kini data pelajar, kurang penyediaan bahan bantu pengajaran, melanjutkan waktu bertugas guru sehingga hujung minggu, hilang fokus kepada tanggung jawab kepada keluarga dan seterusnya menyebabkan kekecewaan di kalangan guru.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Kelemahan-kelemahan yang ada menyebabkan guru dan ibubapa tertekan sehingga menjejaskan matlamat pendidikan dan hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Sekiranya rakyat memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-13 ini, saya memberikan jaminan pelaksanaan PBS ini akan dinilai semula supaya tidak membebankan warga pendidik dan seterusnya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.