6/10/13
Nizar: PAS akan fail injunksi ke atas wakil rakyat Umno Perak
PAS akan memfailkan injunksi dalam masa
terdekat ini ke atas seorang wakil rakyat Umno di Perak yang didakwa
meraih kemenangan dengan menyalahi peraturan Akta Pilihan Raya, kata
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin .
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering itu, injunksi
tersebut adalah antara empat daripada lapan tuntutan petisyen
pilihanraya umum ke-13 (PRU13) yang bakal dibawa ke Mahkamah Persekutuan
bagi proses rayuan setelah ditolak oleh Mahkamah Pilihan Raya, Kuala
Kangsar sebelum ini.
"Kita akan failkan tuntutan kita ke atas wakil rakyat Umno tersebut.
Kita mahu mahkamah memberikan injuksi kepada dia untuk melarangnya masuk
ke Dewan Undangan Negeri Perak kerana telah melanggar undang-undang
pilihanraya di mana sebelum ini kita mempunyai tempoh masa bantahan
selepas PRU namun tidak pada (PRU13)," katanya dalam satu forum Jelajah
Solidariti Orang Kena Zalim (OKZ) di Kolej Universiti Zulkifli Muhammad,
Selangor.
"Semua bukti mengenai penipuan ketika (PRU13) telah kita kumpul termasuk
daripada rakaman video, rasuah siapa petugas (SPR) dan wakil Umno yang
memberi rasuah termasuk catatan masa dan alamat. Semuanya lengkap,
kerana itu kita mengharapkan rayuan diterima bagi mendapat perbicaraan
penuh terhadap kes tersebut. Jika tidak dapat semua, kita berharap hakim
menerima dua daripada petisyen itu," katanya.Nizar berkata antara lain
rayuan petisyen pilihanraya itu turut mengemukakan beberapa bukti
wujudnya rasuah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Umno.
Nizar turut mendedahkan alasan pertukarannya kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) Pasir Panjang kepada DUN Changkat Jering semasa PRU13 lalu.
"Saya menang di DUN Pasir Panjang pada PRU12, namun apa yang dilakukan
oleh Umno, mereka menukarkan kerusi daripada MIC kepada lubuk Umno.
Kemudiannya menambah pengundi baru di DUN Pasir Panjang sebanyak 11,000
orang. Tidak cukup dengan itu, SPR juga menambah 3,000 pengundi tegar
Umno dari Lumut untuk didaftarkan di Pasir Panjang selain memindahkan
800 penggundi dari DUN Pasir Panjang ke DUN Setiawan," katanya.
Dalam PRU13 lalu, Nizar memenangi DUN Changkat Jering dengan jumlah undi
14,495, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rosli Husin
dengan undi sebanyak 13,325.
Sumber
Sumber


0 orang berkata:
Post a Comment