AJARAN SESAT ADALAH AJARAN DAN AMALAN MANUSIA YANG TIDAK BERLANDASKAN HUKUM TUHAN, MEREKA MENOLAK AL QURAN DAN HADIS NABI SEBAGAI AMALAN DAN TIDAK MEMBUAT RUJUKAN SETIAP MASALAH HIDUP, SEKALIPUN MEREKA ITU AHLI IBADAT MEREKA TETAP SESAT SEKALIPUN MEREKA ORANG BESAR ATAU ORANG TINGGAL ATAS GUNUNG - Pak Karamu
Ajaran sesat merisaukan
KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan dan negeri diminta mengkaji peraturan yang diguna bagi mengekang penyebaran ajaran sesat.
Yang Dipertua II Persatuan Ulama Malaysia, Prof Madya Dr Fauzi Deraman berkata, kewujudan lebih 100 ajaran sesat di negara ini menunjukkan masalah berada di tahap yang membimbangkan.
"Sekarang ini kita perlu kenal pasti peraturan dan enakmen yang ada di peringkat parlimen mahupun negeri.
"Sememang sudah masanya untuk kita menambah baik atau membentuk peraturan baru bagi mengekang ajaran sesat khususnya Syiah," katanya kepada Sinar Harian selepas menjadi panel pada Seminar Akidah Asas Kekuatan Umah.
Beliau yang juga pensyarah di Jabatan Al-Quran dan Hadis, Universiti Malaya berkata, pihak berkuasa jabatan agama Islam mengalami kesukaran dalam usaha mengumpul bukti, tetapi usaha itu tidak seharusnya dihentikan.
"Perlunya pemantau dan penguatkuasaan bagi mengekang ajaran sesat di Malaysia," katanya.
Beliau juga mengingatkan orang ramai tidak mudah membuat andaian sendiri berhubung isu agama.
"Kalau bukan ahli (pakar) jangan mudah letakkan pandangan atau (buat) kecaman. Isu agama ini perlu diteliti dan dirujuk oleh pihak yang mempunyai ilmunya," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment