• Abdullah Zaik Abdul Rahman Abdullah Zaik Abdul Rahman
1 / 1
BANGI - Pas digesa melakukan siasatan dalaman yang lebih terperinci terhadap pengaruh Syiah dalam parti itu sama ada melibatkan individu atau rangkaian.

Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, Pas tidak perlu menunggu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan bukti mahupun mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang terlibat.

Beliau berpendapat, jika dari sekarang Pas tidak membersihkan ahli mahupun parti itu dari Syiah, menunjukkan seolah-olah mereka memberi peluang pengaruh yang bertapak di negara ini lebih kuat pada masa depan.

“Akan datang, Syiah akan mendapat tempat dan pengaruh yang lebih dominan dalam pemerintahan negara walhal asalnya negara ini merupakan negara Islam yang bermazhab ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Isma melihat perkara ini sangat penting untuk Pas banteras jika Pas mahu mendapat kuasa pemerintahan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan akhbar semalam.