Selasa, 17 Disember 2013
Mat Sabu saman fitnah Zahid Hamidi kerana tuduh Syiah
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan memfailkan saman fitnah
kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas
tuduhannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 yang menuduhnya sebagai
penganut fahaman Syiah.
Mohamad berkata, tindakan saman ke atas Ahmad Zahid diambil kerana kenyataan Menteri Dalam Negeri itu mencetuskan fitnah yang didasari niat jahat, menjatuhkan maruah dan integriti.
"Saya menyerahkan kepada panel peguam PAS untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Zahid di atas kenyataan beliau di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Ahmad Zahid juga didapati menyalahgunakan kuasa apabila beliau sebagai Menteri Dalam Negeri memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan ke atas dirinya.
0 orang berkata:
Post a Comment