14 Disember, 2013
Patutlah BN Giat Mainkan Isu Syiah.. Ini Puncanya
Tindakan Umno dan Barisan Nasional memainkan isu Syiah kebelakangan ini
bertujuan untuk mengalihkan perhatian orang ramai terhadap isu kenaikan
harga kebelakangan ini, kata Dyana Sofya Mohd Daud Setiausaha Politik
kepada Lim Kit Siang.
Dyana tersebut berkata serangan ke atas penganut Syiah bertujuan menutup keadaan sebenar rakyat yang tersepit.
"Negara kita sekali lagi dilalaikan dengan isu Syiah. Ia dibangkitkan
semata-mata untuk menutup keadaan sebenar rakyat Malaysia yang tersepit
dengan peningkatan kos sara hidup yang melonjak dengan tinggi.
"Contohnya pengurangan subsidi minyak, penghapusan subsisdi gula,
kenaikan tarif elektrik, pengenalan cukai GST, kenaikan cukai pintu
serta kenaikan tambang LRT dan monorel," kata Dyana hari ini.
Dyana juga mendakwa kerajaan bersikap berat sebelah apabila menekan
rakyat Malaysia berfahaman Syiah walhal ramai penuntut asing pengajian
tinggi yang melanjutkan pelajaran di Malaysia menganuti ajaran tersebut.
"Malah, ribuan daripada pelajar antarabangsa ini adalah warganegara Iran
yang kebanyakannya pengikut ajaran Syiah yang bergaul secara terbuka
dengan mahasiswa-mahasiwa rakyat Malaysia sendiri.
"Saya percaya di dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM) sendiri terdapat
kelompok pelajar-pelajar antarabangsa yang merupakan pengikut Syiah,"
kata Dyana yang juga bekas pelajar UiTM dalam jurusan undang-undang.
Kebanyakan pelajar tersebut dibawa masuk menerusi Pusat Promosi
Pendidikan Malaysia (Malaysia Education Promotion Centre – MEPC) dan
mereka bergaul dengan pelajar tempatan.
Dyana juga mempersoalkan sama ada kerajaan akan mengarahkan pelajar
antarabangsa ini berhenti atau terpaksa mengamalkan ajaran mereka secara
senyap-senyap.
"Sekiranya kerajaan Malaysia serius dalam memerangi Syiah, adakah
pelajar-pelajar antarabangsa yang telah membelanjakan wang yang banyak
untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia seperti yang digalakkan oleh
kerajaan sendiri ini akan diarahkan untuk berhenti mengaji dan keluar
dari Malaysia secara serta-merta?
"Ataupun, adakah mereka akan diarahkan untuk mengamalkan ajaran mereka
secara sembunyi supaya umat Islam di Malaysia tidak akan keliru?" soal
Dyana lagi susulan tindakan Putrajaya melancarkan perang ke atas
penganut Syiah.
Dalam pada itu, Dyana juga membidas kerajaan yang berfikiran sempit
sehingga mewujudkan kekeliruan di kalangan masyarakat Melayu terhadap
ajaran Islam.
"Akhir sekali, saya ingin bertanya sama ada kegiatan memerangi Syiah ini khas untuk orang Melayu-Islam di Malaysia sahaja?
"Sekiranya ini benar, adakah umat Islam di Malaysia ini berlainan dengan
umat Islam dari negara lain? Jika definisi Islam disempitkan di negara
kita adakah ia akan bermaksud bahawa umat Islam dari negara lain itu
tidak akan dianggap sebagai Islam di negara kita?" kata Dyana lagi.
Isu fahaman Syiah mendapat perhatian umum setelah Timbalan Presiden PAS,
Mohamad Sabu dituduh oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi sebagai seorang penganut Syiah semasa berucap dalam Perhimpunan
Agung Umno 2013.
Kenyataan beliau menyebabkan Mohammad mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan tidak berasas tersebut.
Khamis lalu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi
mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah yang
kebanyakannya melibatkan perjuangan Khomeini.
Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini,
orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas
pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua
orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung
Semanggol, Perak.
Mohamad mengakui sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar
revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini tetapi itu
tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah. ~tmi
0 orang berkata:
Post a Comment