Selepas perkataan MUNGKIN timbalan presiden tiga jalur ini mengatakan bahawa dia menegaskan Ko terlibat ngan Syi'ah, SO PADA HEMAT SAYA SUDAH ADA TIGA ORANG YANG YAKIN KO ADALAH SYI'AH - Pak Karamu
Mat Sabu lewat buat penafian
SHAH ALAM - Penafian lewat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
berkenaan dirinya terlibat ajaran Syiah disifatkan sebagai tindakan
tidak bijak, demikian menurut Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga
(Jati), Datuk Aidit Ghazali.
Menurutnya, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sepatutnya menafikan perkara itu sejak awal ketika namanya disebut sebagai pengikut Syiah.
"(Mungkin) ketika itu, beliau khuatir, penafian itu mampu menjejaskan kestabilan rakyat di negara ini.
“Mendiamkan diri (selama ini) bukan cara terbaik malah menerbitkan pelbagai spekulasi daripada banyak pihak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau tidak menolak kelewatan Mat Sabu menyangkal dakwaan tersebut berikutan bimbang akan menggores perasaan pihak-pihak tertentu yang berada dalam kumpulan sama.
“Sebagai seorang ahli politik, sudah tentu beliau tidak mahu membuat pengakuan yang merugikan politiknya.
“Dalam masa sama, mungkin beliau ada perjanjian persefahaman dengan kuasa-kuasa yang mendukung ajaran Syiah di peringkat antarabangsa dan jika beliau menafikan, (mungkin) nanti ada pihak terasa,” katanya.
Dalam masa sama, Aidit berpendapat pemimpin tersebut tidak seharusnya seperti bermain tarik tali memandangkan Syiah merupakan ancaman terbesar dan bersifat menyeluruh.
“Ini bukan sekadar ancaman kepada agama Islam, tetapi terhadap Perlembagaan Persekutuan dan kemerdekaan negara,” katanya.
Aidit menegaskan pemimpin nombor dua itu adalah pemimpin yang jelas menyokong fahaman Syiah di dalam Pas.
“Sama ada beliau mahu membuat pengakuan menyokong Syiah atau sebaliknya itu haknya. Saya juga ada sebab tersendiri untuk mengatakan beliau sememangnya ikon Syiah di dalam Pas,” tegasnya.
Kelmarin, Mat Sabu menafikan beliau pengikut Syiah selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengaitkan dirinya dengan pengamal Syiah dengan mendedahkan 10 bukti mengenai perkara itu.

0 orang berkata:
Post a Comment