FATWA SYI'AH TIDAK DISENARAIKAN SEBAGAI AJARAN SESAT, AKAN TETAPI IA SUATU AJARAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AHLI SUNAH WAL JAMA'AH, LAZIMNYA APABILA BERENTANGAN ITU ADALAH SESAT YANG NYATA TANPA KERAGUAN, ELOK LA JIKA FATWA KAT NEGARA NI MENGAMALKAN PERATURAN YANG LEBIH TEGAS SUPAYA RAKYAT TIDAK TERKELIRU, DIDALAM ISLAM SEGALA PERKARA HUKUM SANGAT TEGAS, JIKA HUKUM YANG SANGAT KELIRU MAKA PEHAK YANG BERKUASA SANGAT LEMAH DAN IA MENUNJUKKAN HUKUM ISLAM ITU SENDIRI JUGA TURUT KELIHATAN LEMAH - Pak Karamu
Boleh dijel jika sebar Syiah
SHAH ALAM – Individu yang didapati menyebarkan sesuatu ajaran
bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dikenakan hukuman di
bawah Enakmen Jenayah Syariah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, hukuman itu berdasarkan kesalahan menghina pihak berkuasa agama apabila melakukan sesuatu berlawanan dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Menurutnya, sekiranya ajaran itu telah difatwakan sebagai ajaran sesat atau haram untuk disebarkan, maka jika bersalah individu itu akan dikenakan hukuman tersebut.
“Berhubung isu Syiah, berdasarkan fatwa yang dikeluarkan tidak menyebut Syiah sebagai ajaran sesat, tetapi ia sesuatu ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Orang Islam dilarang untuk menyebarkannya. Sekiranya dilakukan, barulah tahanan untuk enakmen tersebut akan dijalankan iaitu denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dalam pada itu beliau berkata, apabila dibaca sekali imbas fatwa tersebut, seolah-olah jika sesuatu ajaran diamalkan sendiri tidak menjadi kesalahan, bagaimanapun apabila disebarkan kepada orang lain itu menjadi satu kesalahan.
“Sama kesnya dengan Syiah, apabila ada fatwa mengatakan ia tidak boleh disebarkan maka perlulah diikuti.
“Sekiranya untuk diamalkan sendiri, saya rasa ianya tidak salah mengikut fatwa tersebut.
"Namun segalanya di bawah undang-undang,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment