Tangkap jika serius basmi Syiah
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan sepatutnya
tangkap sahaja ketua atau pengikut Syiah di negara ini dan tidak perlu
berdolak dalik jika mereka benar-benar serius mahu membasmi fahaman itu.
"Jika betul nak basmi Syiah, tangkap! Tak perlu berdolak dalik lagi. Masyarakat sudah bijak menilai bahawa bukan Syiah yang mahu diserang tetapi parti lawan (pembangkang) yang semakin dapat sambutan," kata Mursyidul Am Pas itu menerusi laman Facebooknya semalam.
Nik Abdul Aziz berkata, beliau sendiri sokong jika fahaman Syiah langsung tidak wujud di negara ini.
"Peranan ulamalah untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah," ujarnya.
Dalam kenyataan lanjutnya, Nik Abdul Aziz berkata, jika seorang pemimpin politik menyebut bahawa ciri utama Syiah adalah menipu, nasionalis sekular pun juga tidak kurang menipu berbanding Syiah.
"Tidakkah menipu namanya apabila meuar-uarkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut? Tidakkah menipu namanya apabila bermegah-megah dengan binaan masjid yang banyak dan indah tetapi tidak berusaha mendaulatkan hukum ALLAH SWT?
"Sedangkan ALLAH SWT yang disembah di dalam masjid itu ALLAH yang sama yang berkuasa di luar masjid?" katanya.
Menurut Nik Abdul Aziz, Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad. Ciri-ciri akidah mereka telah ditulis dan diterangkan oleh para ulama Sunnah dalam banyak penulisan.
"Saya tidak menyatakan Syiah tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala. Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada daging mangsa," katanya.
Menurut Nik Abdul Aziz lagi, memerangi Syiah dengan alasan supaya umat Islam tidak berpecah belah menampakkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang.
"Manusia hanya boleh bersatu dengan Islam, bukan seruan kebangsaan," katanya.

MUNGKINKAH AKTA DIBAWAH INI AKAN MEMBURU MANGSANYA ? - Pak Karamu
Lebih 100 dikenalpasti bawah 'PCA baru'..KPN

Berita yang ingin kita dengar dan lihat....APAKAH TINDAKAN LEBIH BERSIFAT POLITIK???..KITA TUNGGU DAN LIHAT....
Polis menyenaraikan lebih 100 suspek untuk ditahan bawah pindaan baru
Akta Pencegahan Rasuah, umum Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu
Bakar.
Katanya, polis sedang menunggu supaya pindaan itu diwartakan, diharapkan dalam beberapa minggu lagi.
Pindaan itu, antara lain, membenarkan penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun untuk satu-satu masa.
Ditanya sama ada senarai itu berjumlah puluhan atau lebih seratus nama, Khalid menjawab: "Lebih daripada itu."
Sementara itu, bawah PCA sedia ada, seramai 41 suspek ditahan atas dakwaan terlibat dalam sindiket haram, katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment