Monday, December 16, 2013
Rafizi Ramli naik angin, ini kali habislah lu Gani Patail
DAKWAAN RASUAH MELIBATKAN PEGUAM NEGARA:
KEADILAN AKAN BUAT LAPORAN KE PIHAK BERKUASA HONG KONG
Rafizi Ramli |
Malaysia
baru-baru ini dikejutkan dengan satu akuan bersumpah yang dibuat oleh
Dato’ Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala
Lumpur mengenai perbincangannya dengan Tan Sri Shafee Abdullah, seorang
peguam yang selalu mewakili tokoh-tokoh Umno. Akuan bersumpah itu
berkisar tentang banyak dakwaan penyelewengan melibatkan Tan Sri Gani
Patail, Peguam Negara tetapi dakwaan yang paling besar adalah dakwaan rasuah bersabit kes tuntutan bertindih Pulau Batu Putih di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Di dalam akuan bersumpahnya, Dato’ Mat Zain Ibrahim telah membuat kenyataan berikut (muka surat 24, perenggan 54(f)):
“…
f.
Sehubungan perkara ini Shafee menambah secara serious,
mengatakan kepada saya “you will not believe your eyes if you were to
see the amount of cash that was transferred into Gani’s account in Hong
Kong…”
Kenyataan
bersumpah seorang bekas pegawai kanan polis yang pernah menyiasat
pimpinan utama negara termasuk Tun Mahathir Mohamad dan Tun Daim
Zainuddin ini membawa kesan besar kepada negara. Hal ini berkepentingan
awam kerana dakwaan yang dibuat oleh Tan Sri Shafee Abdullah itu bukan
sahaja menjejaskan krebiliti dan kebolehpercayaan terhadap sistem
undang-undang negara kerana ia dibuat terhadap Peguam Negara, malah ia
melibatkan kedaulatan negara apabila wilayah negara jatuh ke negara
jiran.
Walaupun
akuan bersumpah ini telah dibuat dan diedarkan hampir sebulan lalu oleh
Dato’ Mat Zain Ibrahim, sehingga kini masih belum ada tindakan konkrit
diumumkan.
Saya
memandang serius dakwaan bahawa ada unsur sogokan dalam pengendalian
kes Pulau Batu Putih yang melibatkan Tan Sri Gani Patail seperti yang
didakwa oleh Tan Sri Shafee Abdullah. Memandangkan dakwaan itu dibuat di
dalam akuan bersumpah oleh seorang bekas pegawai kanan polis yang
bersedia mempertahankannya di dalam dan luar mahkamah, saya percaya
dakwaan bahawa ada unsur sogokan perlu disiasat sepenuhnya.
Oleh
yang demikian, sebagai Ahli Parlimen dan Pengarah Eksekutif badan
pemantau rasuah National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW
Centre) saya telah membuat keputusan untuk menghubungi pihak berkuasa
Hong Kong untuk membawa perkara ini ke perhatian mereka bagi siasatan
lanjut. NOW Centre telah menjalin hubungan yang baik dengan pihak
berkuasa Hong Kong dan beberapa Ahli Parlimen Hong Kong semasa siasatan
terhadap dakwaan salah laku rasuah Tan Sri Musa Aman dibuat di Hong Kong
tahun lalu.
Saya
akan menghantar laporan dan permohonan rasmi kepada Encik Rimsky Yuen,
Setiausaha Keadilan Hong Kong, Encik Keith Yeung, Pengarah Pendakwaan
Awam Hong Kong dan YB James To, Ahli Parlimen Hong Kong untuk
mendapatkan kerjasama pihak berkuasa Hong Kong menyiasat dakwaan wang
sogokan dimasukkan ke akaun Tan Sri Gani Patail di Hong Kong.
Setakat
pengetahuan saya mengenai pihak berkuasa Hong Kong, mereka berkuasa
menyiasat urusniaga pemindahan wang ke akaun di Hong Kong jika ia
disyaki melibatkan rasuah atau penggubahan wang haram (money laundering).
Saya
percaya jika siasatan dapat dimulakan di Hong Kong, Kerajaan Malaysia
tidak ada pilihan lain kecuali memberi maklumbalas mengenai perkara ini
dan mengambil langkah-langkah wajar untuk menggantung sementara
perkhidmatan Tan Sri Gani Patail sehingga siasatan di Hong Kong selesai.
Pengarah Strategi
0 orang berkata:
Post a Comment