AGINDA POLITIK YANG SEBNO-BENO NYEW ! HUHH ! NASIB BAIK CEPAT HIDUUU ! Pak Karamu
Syiah: Tindakan KDN dipersoal pemimpin Pas
SHAH ALAM - Jika kerajaan serius mengambil tindakan terhadap pengikut
Syiah, sewajarnya individu yang mengaku menganut ajaran itu yang perlu
ditahan bukannya orang yang tidak mengaku ahli Syiah.
Demikian menurut Ahli Jawatankuasa Pas, Idris Ahmad yang menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memaksa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu supaya mengemukakan bukti bukan pengikut Syiah merupakan perkara yang tidak munasabah.
“Sebelum ini kerajaan sendiri pernah umumkan jumlah pengikut Syiah, dan ada individu yang mengaku sebagai pengikut ajaran Syiah, jadi kenapa mereka pula tidak ditahan?
“Tapi yang disibukkan sekarang adalah orang yang tidak mengaku Syiah, ini yang jadi bahan ketawa orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, tindakan KDN yang ‘memburu’ Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu hanya untuk memberikan imej buruk kepada Pas.
“Ini semua ‘nasi tambah’ kepada isu lain untuk jatuhkan Pas. Sebelum ini isu agama, Melayu, raja dan sebagainya.
“Kalau betul KDN ada bukti, tolong dedahkan kerana kita juga mahu tahu bukti yang bagaimana untuk kaitkan Mat Sabu dengan Syiah, tidak perlu untuk beritahu bukti gred A, B atau pun C,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Sehubungan itu katanya, KDN perlu bertindak bukan hanya bercakap memandangkan maklumat sudah pun ada untuk menahan pengikut Syiah.
“Kalau bukti sudah ada, buat apa suruh orang yang dituduh bertindak untuk menunjukkan bukti beliau tidak terlibat.
“Sekarang ini siapa yang mendakwa dan siapa pula yang didakwa. Jadi rasanya tidak perlu orang yang dituduh menampilkan bukti. Dakwa sahaja pihak yang mengikut ajaran Syiah,” kata beliau.
Kelmarin, Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata, Mat Sabu perlu kemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat fahaman Syiah.
Kata Zamihan, Mat Sabu perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti KDN yang mengaitkannya dengan fahaman Syiah.
Pada 12 Disember lalu, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti yang mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran Syiah antaranya pernah ‘berselawat’ sebagaimana penganut Syiah pada satu sesi ceramah Pas, di Arau, Perlis.

0 orang berkata:
Post a Comment