Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KETUA SYI'AH KEDAH NAFIKAN



Jahid sebut  orang no: 2 Pas pengamal Syi'ah pada perhimpunan agong UMNO. Khamis lalu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Khomeini. ertinya ada dua orang yang dedahkan hal Mat Sabu ini, so apakah selamjutnya ? Pak Karamu

 

Saturday, December 14, 2013

Ketua Syiah Kedah pun tak pernah nampak Mat Sabu pengikut Syiah.. 


Semakin hari semakin terserlah kepada kita, bahawa sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak tuduhan mengamalkan  Syiah terhadap Mat Sabu oleh KDN hanyalah untuk menutup malu Zahid Hamidi yang terlepas cakap dalam PAU13 baru-baru ini..

Untuk menutup kemaluannya itu dikatakan Zahid telah mengarahkan KSU KDN untuk mengadakan sidang akhbar bagi mendedahkan tuduhan mereka..

Ianya memang satu tindakan yang menimbulkan keraguan banyak pihak kerana selama ini, pihak KDN tidak pernah dilihat mengadakan sidang akhbar untuk melemparkan tuduhan terhadap sesiapapun yang melakukan kesalahan, mereka hanya tangkap kemudian dakwa..

Dalam kes Mat Sabu ini, sidang akhbar diadakan.. dan ramai yang bertanya jika benar sudah mempunyai bukti, bukan sikit tu.. 10 bukti semuannya.. kenapa tidak ditangkap saja Mat Sabu.

Dalam masa yang sama tindakan KDN itu juga dikutuk oleh beberapa Blogger Pro UMNO, kata mereka kalau setakat dedah bukti macam tu, tunnggu bayar saman sajalah.. Buat malu Kerajaan saja..

Paling menarik individu yang mendakwa dirinya sebagai Ketua Syiah Kedah sendiripun tidak pernah melihat Mat Sabu dalam majlis Syiah..

Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan berkata Mohamad Sabu bukan salah seorang penganut fahaman Syiah, ketika Timbalan Presiden PAS tersebut diserang hebat oleh kerajaan menerusi agensi penguatkuasa agama dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Abdullah berkata sepanjang pemerhatian sejak empat ke lima tahun sebelum ini, beliau tidak melihat Mohamad sebagai seorang yang mengamalkan ajaran Syiah.


"Saya tidak tahu tentang beliau (Mat Sabu) sama ada berfahaman Syiah atau tidak.


"Jika diperhatikan sejak empat ke lima tahun sebelum ini, saya tidak nampak dia seorang pengikut Syiah," kata Abdullah yang dipetik berkata dalam akhbar Sinar Harian hari ini.


Sinar Harian juga melaporkan Abdullah tidak pernah berjumpa dengan Mohamad ataupun mempunyai pengetahuan mengenai pembabitan pemimpin nombor dua PAS tersebut dengan fahaman Syiah seperti didakwa KDN.


Abdullah bagaimanapun menegaskan walaupun Mohamad mengkagumi pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini ia bukan bermakna Mohamad adalah penganut Syiah.


"Persamaan saya dengan Mohamad adalah sama-sama kagum dengan Imam Khomeini tetapi dari perspektif berbeza.


"Syiah bersetuju dengan Khomeini daripada segi mazhab, manakala Mat Sabu mungkin lihat daripada sudut ketokohan pemimpin itu yang membawa revolusi Iran. Tapi itu hak peribadi beliau untuk mengkagumi seseorang tokoh hebat," katanya lagi.


Mohamad dituduh oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang penganut Syiah semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berakhir baru-baru ini.


Kenyataan beliau menyebabkan Mohamad mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan tidak berasas tersebut.


Khamis lalu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Khomeini.


Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.


Mohamad mengakui sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Imam Khoneini tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah ~
The Malaysian Insider

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.