HANGAT!! DS Hajjah Rosmah Mansor Perjelaskan Isu Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan : "Apa Yang Saya Lakukan Kerana Allah".. Jom Terjah!!
4:40 PM
No comments
Datin Seri Rosmah Mansor
mempertahankan dirinya yang menggunakan jet eksekutif kerajaan ke Qatar
dan berkata ia adalah untuk urusan kerja dan mengikut segala prosedur
ditetapkan.
Isteri kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu berkata, beliau yang kesal dengan
situasi itu tampil menghuraikan satu persatu jadual perjalanan beliau ke
empat negara iaitu Qatar, Dubai, Sri Lanka, dan Bangladesh.
Katanya, selain
diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kuasa
Wanita Malaysia', Rosmah juga dikurniakan anugerah oleh kerajaan Qatar.
Rosmah berkata, rakyat perlu berbangga apabila dunia antarabangsa begitu memandang tinggi kepada Malaysia.
"Dalam ucaptama itu saya
berkongsi tentang kejayaan wanita Malaysia yang menjadi kebanggaan kita
semua. Tidak sangka pula dalam kita berbangga dengan khalayak
antarabangsa tentang negara kita rupanya ada pihak yang tidak berpuas
hati.
"Masyarakat antarabangsa
bersungguh-sungguh memberi penghormatan kepada Malaysia tetapi rakyat
kita sentiasa memandang negatif apa yang saya buat," katanya dipetik
daripada wawancara eksklusif bersama portal Malaysia Gazzete.
Menjawab soalan mengapa
beliau tidak menggunakan pesawat penerbangan tempatan MAS, Rosmah
berkata, ia amat sukar dilakukan kerana jadual lawatannya yang padat dan
pesawat komersial tidak dapat memenuhi semua laluannya itu mengikut
masa ditetapkan.
Selain itu, katanya,
penggunaan jet rasmi kerajaan tidak pernah timbul sebelum ini kerana
setiap apa yang beliau lakukan mesti dirujuk kepada Kabinet untuk
mendapatkan kelulusan.
Katanya, kelulusan penggunaan jet oleh Kabinet, mengambil kira pelbagai faktor terutama keselamatan dan masa.
"Kita bergerak mengikut
jadual, apatah lagi sesuatu program itu disediakan oleh tuan rumah, kita
mesti menepati masa," katanya sambil memberitahu kemudahan jet kerajaan
sudah digunakannya sejak sebelum Najib menjadi Perdana Menteri.
"Sekiranya saya
menggunakan pesawat komersial banyak yang menawarkan laluan sehala
misalnya hanya terdapat satu penerbangan dari Kuala Lumpur ke Colombo,
begitu juga Kuala Lumpur ke Dhaka seperti juga Dubai - Colombo dan Dubai
ke Dhaka," katanya.
Rosmah turut dikritik
apabila mengambil kesempatan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana
Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al-Thani.
Katanya, tidak ada salahnya sebagai tetamu mengunjungi Perdana Menteri bagi menghormati tuan rumah.
"Jika isteri Perdana Menteri negara-negara lain datang ke Malaysia, mereka akan melakukan perkara yang sama," katanya.
Pada masa sama, Rosmah
menolak tuduhan yang beliau mengambil kesempatan menggunakan jet
kerajaan untuk menonton pertunjukan fesyen dengan mempertahankan
tindakannya itu sebagai memberi sokongan kerana acara tersebut
dianjurkan rakyat Malaysia.
"Saya dijemput kerana
kebetulan berada di Qatar atas urusan rasmi dan isteri Perdana Menteri
Qatar menyatakan persetujuan untuk hadir pada majlis anjuran rakyat
Malaysia di situ, salahkah saya sebagai isteri pemimpin negara yang
kebetulan ada di situ dan dijemput ," katanya.
Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Sheikha Moza Nasser yang merupakan Pengerusi Yayasan Qatar.
Selain itu Rosmah turut melakukan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri, Sheikha Alanoud .
Isteri Perdana Menteri itu kemudiannya terbang ke Dubai bagi memenuhi undangan Princess Haya.
Rosmah berkata, di Dubai
berlangsung beberapa agenda termasuk membantu kerajaan di situ yang
mahu melaksanakan program seperti Permata.
Satu majlis pertukaran
dokumen memorandum persefahaman antara Permata Pintar yang dikendalikan
UKM dan Alliance International Investment berlangsung ketika Rosmah
berada di Dubai.
Dari Dubai, Rosmah berangkat ke Sri Lanka dan tiba di Colombo untuk menyertai Perdana Menteri menghadiri majlis perasmian CHOGM.
Antara lain kehadiran
Rosmah ke Bangladesh juga untuk menghulurkan bantuan untuk merawat
kanak-kanak yang mengalami masalah sumbing.
Rosmah juga membayangkan hubungan baik beliau dengan dunia antarabangsa memberi kelebihan kepada Malaysia.
Sebagai contoh apabila
ketika Mesir sedang menghadapi krisis politik di negaranya, kira-kira
8,000 pelajar Malaysia di negara itu berjaya dibawa pulang apabila
Rosmah menghubungi keluarga diraja Arab Saudi untuk mendarat di Jeddah.
Satu lagi kes
membabitkan seorang pelajar Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi hampir
dipenjarakan di Rafah kerana disangkakan pengintip dapat dibebaskan
hasil usaha Rosmah menggunakan hubungan baiknya dengan Mesir.
"Saya menghubungi
Suzzane Mubarak memberitahu pelajar berkenaan akan menduduki
peperiksaan, ibu bapanya bimbang dan pelbagai alasan lagi. Ketika itu
fokus saya adalah untuk membebaskan pelajar berkenaan dan akhirnya dia
dibebaskan dan dapat kembali meneruskan pengajian.
"Saya tidak mengharapkan
orang akan berterima kasih atau bersyukur dengan usaha kecil saya itu
tetapi tolong jangan asyik mencari salah orang lain, atau menjaga tepi
kain orang lain. Jangan mengada-adakan cerita, berdosa besar. Saya tidak
mengata orang, tidak memburukkan pembangkang," katanya.
Menyifatkan sumbangannya
demi kesejahteraan negara, Rosmah berkata, isteri pemimpin dunia
menggunakan jet kerajaan masing-masing adalah pemandangan biasa.
"Apa yang saya lakukan
kerana Allah, yang lain-lain saya tak fikir. Biarlah mereka memfitnah,
menuduh dan memburuk-burukkan saya," katanya. ~tmi
0 orang berkata:
Post a Comment