Thursday, December 12, 2013
Saifuddin: Saya juga kagumi Khomeini
Bukti yang didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung
dakwaan bahawa timbalan presiden PAS Mohamad Sabu seorang pengikut Syiah
tidak meyakinkan bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah.
KDN hari ini antara lainnya membangkitkan bahawa Mohamad pernah
menyatakan kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan revolusi Iran
1979 Imam Rhollah Khomeini.
Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi
Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti tokoh anti-apartheid
Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang
kebebasan India Mahatma Gandhi.
"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu?
"Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulisnya.
[Berita penuh menyusul]



1 orang berkata:
La ni dah tahu siapa dalang masa Perhimpun Pas lalu tak mahu Abg. M.Sabu di pilih dan di buat macam macam fitnah.Dah terang, ini lah puak munafikun yang takut rahsia rompakan melalui rasuah di bongkar.Sekarang buat issue, mengapa dulu tak buat, kerna tahu PRU 14 susah untuk tipu menang selagi DSAI dan Abg. M.Sabu ada kerana dia orang Melayu. Itu lah agenda nya kes Shiah ini.
Post a Comment