Untuk mencegah yang lebih berkesan lagi eloklah disyurkan kepada majlis Fatua kebangsaan mengkategorikan ajaran atau fahaman syi'ah itu sebagai satu amalan atau ajaran yang sesat, bukan sekadar mengatakan bercanggah dengan ahli sunah wal jama'ah, selagi tidak dikelaskan ajaran syi'ah itu sebagai ajaran sesat kerana bercanggah dengan ahli sunah wal jama'ah maka rakyat terus menjadi keliru dan bosan dengan majlis fatua agama yang kabur dan negara hendaklah memutuskan sahaja hubungan diplomatiknya dengan negara Iran jika fahaman itu membawa kepada militan - Pak Karamu
KPN: Pendedahan Syiah untuk sedarkan masyarakat
- Khalid Abu Bakar ketika berucap pada Majlis Menandatangani Momarandum Persefahaman dan Kerjasama (MoU) antara Lions Club International dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai
penularan fahaman Syiah di negara ini bertujuan untuk menyedarkan
masyarakat mengenai fahaman itu yang jika tidak dibendung, ia mampu
beralih menjadi militan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu
Bakar.
Beliau berkata, pendedahan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi mengenai Syiah adalah sebagai ingatan kepada orang
ramai untuk tidak memberi peluang kepada fahaman itu dari terus tersebar
kerana ia hanya boleh mengundang bahaya sebagaimana yang berlaku
negara-negara Timur Tengah.
"Tengok apa yang berlaku di Syria, Iraq dan paling teruk Pakistan. Apabila Syiah menjadi besar, mereka beralih menjadi militan dan berlaku pertembungan orang Sunni dengan Syiah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan program mencegah jenayah 'United Against Crime Through Eyes In The Sky' di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Khalid berkata, pihak polis tidak akan berkompromi jika berlaku ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam dan ia akan sentiasa memantau kegiatan Syiah.
Beliau berkata, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membendung fahaman itu.
Pada minggu lepas, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno mendakwa pemimpin nombor dua Pas turut terlibat dengan fahaman Syiah sementara semalam Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment