Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

06 Februari, 2014

Sah!! Taib Mahmud Letak Jawatan

Spekulasi mengenai Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) akan bersara bulan ini memuncak hari ini apabila beliau tidak hadir pada satu lagi majlis rasmi, yang kedua sejak desas-desus itu tersebar semalam.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu mewakili Taib pada majlis penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Kerajaan Sarawak di bangunan Dewan Undangan Negeri di Kuching hari ini.

Semasa ditemui pemberita, Jabu berkata adalah perkara biasa bagi seorang ketua menteri untuk meminta anggota Kabinet mewakili dirinya apabila beliau mempunyai komitmen lain yang lebih penting.

"Beliau (Taib) meminta saya sebagai timbalannya untuk mewakilinya; saya sebagai timbalannya hanya menjalankan tugas mewakilinya. Ia perkara biasa," katanya tanpa mengulas lanjut.

Kepada soalan lain, Jabu, juga enggan menyatakan sama Taib berada di dalam negeri atau di tempat lain.

Malam tadi, Taib mewakilkan tugas merasmikan majlis makan malam Lembaga Lindungan dan Pembangunan Tanah Sarawak (Pelita) kepada Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Semasa berucap pada majlis itu, Awang Tengah memohon maaf atas ketidakhadiran Taib dan menyatakan ketua menteri mempunyai komitmen lain.

Awang Tengah, yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) meminta wartawan menulis mengenai teks ucapan Taib yang dibacakannya pada majlis itu.

Beliau enggan mengulas mengenai spekulasi bahawa Taib akan bersara bulan ini.

Akhbar berbahasa Melayu Berita Harian dalam laporan muka hadapannya semalam, melaporkan bahawa Taib, yang telah menjadi ketua menteri sejak 1981, akan mengumumkan persaraannya minggu ini.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, ketika diminta mengulas spekulasi cadangan Taib untuk bersara itu, berkata: "Apa perkembangan terbaharu (spekulasi)? Muka hadapan (laporan) Berita Harian adalah sama dengan spekulasi. Saya tidak akan buat spekulasi ke atas spekulasi itu".

PBB, yang Taib ialah presidennya, akan mengadakan mesyuarat majlis tertinggi Sabtu ini, katanya dan menurutnya beliau masih belum menerima agenda rasmi mesyuarat itu.

Oleh itu, katanya agenda boleh diputuskan secara ad hoc dan juga boleh termasuk perkara yang mengejutkan atau tidak mengejutkan.

"Tiada kejutan juga satu kejutan. Spekulasi ini (mengenai persaraan Taib) adalah spekulasi atas spekulasi. Jadi saya tidak boleh buat spekulasi (sama ada laporan berita spekulasi itu akan dibincangkan pada mesyuarat)," katanya. ~tmi

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.