06 Februari, 2014
Tidak Perlu Bayar Wang Pampasan RM400 Juta Kepada Syarikat Konsesi Kerana Kerana Tiada Kenaikan Tol.. Ini Penjelasan Rafizi
Putrajaya memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol tahun ini sebagai
sebahagian daripada strategi menangani kos sara hidup yang meningkat,
kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu akan melibatkan kos
sebanyak RM400 juta kepada kerajaan yang perlu dibayar sebagai pampasan
kepada syarikat-syarikat konsesi tol.
Pengumuman itu dibuat selepas Muhyiddin
mempengerusikan jawatankuasa khas Kabinet untuk menangani kenaikan kos
sara hidup hari ini, lapor The Star Online.
Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM120 juta kepada Fama,
Nekmat dan Nafas bagi memastikan bekalan makanan mencukupi di pasaran.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata
tahun lepas, adalah mustahil untuk menghentikan kenaikan kadar tol pada
tahun ini kerana perjanjian konsesi antara kerajaan dan
syarikat-syarikat konsesi lebuh raya .
Beliau berkata, Putrajaya terpaksa mengeluarkan RM400 juta sebagai ganti
rugi kepada pemegang konsesi tol selepas semakan kadar tol dibekukan
yang sepatutnya dilaksanakan pada 2011 mengikut perjanjian konsesi.
Akan tetapi Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) berkata,
Putrajaya boleh menangguhkan rancangan menaikkan kadar tol kerana
memiliki atau mempunyai saham besar dalam syarikat-syarikat konsesi tol
yang memberikan kuasa membuat keputusan.
Menyangkal dakwaan Putrajaya yang mengatakan kenaikan itu "tidak dapat
dielakkan", Rafizi berkata langkah itu sama sekali tidak wajar sebagai
pengendali tol sudah membuat keuntungan yang banyak dengan kos minimum.
"Saya berpendapat apa yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat
setakat ini adalah hakikat syarikat-syarikat konsesi tol besar
sebenarnya dimiliki syarikat-syarikat berkaitan kerajaan," kata Rafizi.
Beliau juga menyifatkan transaksi kewangan antara Putrajaya dan syarikat
konsesi tol seperti "keluar dari poket kiri, masuk ke poket kanan" .
"Satu lagi kenyataan mengelirukan yang dibuat oleh kerajaan adalah
seolah-olah sistem lebuh raya dibiayai sepenuh secara persendirian. Ia
tidak benar kerana ia melibatkan banyak jaminan kerajaan," katanya.
Menurut Rafizi, Projek Lebuhraya Utara-Selatan – yang mengendalikan
antara lain Lebuh Raya Utara -Selatan, Lebuhraya Lembah Klang Utara dan
Lebuhraya Lingkaran Tengah – dimiliki sepenuhnya oleh dana kerajaan
seperti Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (
KWSP).
Cadangan kenaikan tol yang dicadangkan juga mendorong kajian Persekutuan
Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM ) yang menunjukkan 15% daripada
responden menganggarkan kenaikan 25% hingga 30% kos pengangkutan berlaku
akibat cadangan kenaikan kadar tol bagi konsensi di Lembah Klang.
FMM berkata, peningkatan itu adalah daripada kenaikan caj pengangkutan
oleh penyedia perkhidmatan logistik, peningkatan harga bahan mentah dan
tuntutan perjalanan kakitangan pemasaran mereka yang menggunakan lebuh
raya ini setiap hari.
"Kenaikan kadar tol akan menyebabkan kenaikan harga barang dan bahan mentah, seterusnya meningkatkan kos operasi pengeluar.
"Peningkatan kos operasi akhirnya akan diturunkan kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut FMM, peningkatan kadar elektrik baru-baru ini, kenaikan tol yang
dicadangkan pasti akan memberikan tekanan kepada inflasi, mengurangkan
penggunaan domestik dan menjejaskan daya saing eksport. ~tmi



0 orang berkata:
Post a Comment