Pas Kedah tidak gusar ugutan Mukhriz
ALOR SETAR - Kepimpinan PR yang diterajui bekas menteri besar,
Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak adalah kerajaan yang bersih.
Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan PR tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan penyelewengan atau ketirisan melibatkan pimpinan parti itu, berbanding yang dilakukan kerajaan BN.

Beliau berkata, jika berlaku penyelewengan, ia boleh bawa ke muka
pengadilan kerana pihaknya tidak gusar dengan ugutan Menteri Besar,
Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk mendedahkan penyelewengan yang mungkin
berlaku semasa pentadbiran kerajaan PR dahulu.
"Kita bukan nak melindungi dan tidak akan melindungi sesiapa pun walaupun dari Pas jika didapati berlaku penyelewengan.
“Dia (Mukhriz) tidak perlu ugut seandainya PR menyerang kepimpinan kerajaan negeri, dia akan mendedahkan penyelewengan semasa pentadbiran PR. Ini seolah-olah kalau kita tidak serang, maka dia akan tutup kesalahan itu,” katanya pada sidang media di Kompleks Pas Pokok Sena, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kenyataan Mukhriz itu dilihat sebagai cubaan untuk menutup segala penyelewengan yang dilakukan pentadbiran BN sejak lapan bulan mengambil alih tampuk pemerintahan.
“Pada saya, budaya yang cuba dibawa Mukhriz sangat bahaya kepada pentadbiran kerajaan negeri. Sebabnya nanti kalau berlaku ketidakpuasan hati oleh mana-mana individu dalam Umno dan BN terhadapnya, dia boleh ugut perkara sama.
“Jangan ugut kami supaya berhenti daripada mendedahkan segala kelemahan pentadbiran kerajaan negeri termasuk salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku,” katanya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menggesa Mukhriz mendedahkan penyelewengan yang berlaku semasa pentadbiran PR dengan segera jika benar berlaku.
“Saya minta dia dedahkan penyelewengan itu segera. Takut nanti dokumen tersebut rosak pula dimakan anai-anai,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat mengenai kemungkinan berlaku penyelewengan ketika pentadbiran Pas sebelum mengambil tindakan lanjut.
Mukhriz dilaporkan berkata, jika didapati maklumat memadai untuk dijadikan kes, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dijemput untuk melihatnya sama ada menyalahi undang-undang.
Menurutnya, kalau fakta yang ada itu membuktikan berlaku penyelewengan, khususnya salah guna kuasa dan SPRM berasakan ia patut disiasat, kes akan dibawa ke mahkamah.

1 orang berkata:
ikut cakapx Ketua SPR, melebihi tuhan, keran dia dah pun tahu ADUN besut mati pada sekian hari bulan sebab itu dia membuat persiapan awal segala urusan mengundi. di kajang spr tidak membuat persiapan kerana xakan ada PRK.
Post a Comment