7/02/14
'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' sembelih Ayam bukan kerana Allah ??
"Ia adalah
simbolik peristiwa berdarah, bermakna kita beri amaran kepada Teresa Kok
supaya jangan cetuskan peristiwa yang menggugat keamanan dan perasaan
orang Melayu.
"Darah ini maknanya peristiwa 13
Mei... faham-fahamlah,"kata wakil penganjur, Zulkifly Sharif dari
Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas).
*********************.
Aku tak setuju langsung apa yang
dilakukan oleh puak puak NGO ini , Semua ini akan menjerumus dan
membangkitkan kemarahan serta kebencian diantara kaum dinegara ini.
Yang membuat onar ini pun hanya
segelintir orang melayu islam yang berperangai tak senonoh yang telah
mencemar agama islam itu sendiri kepada masyarakat umum.
Tindakan mereka ini mencermin sifat
rendah akhlak serta kejahilan mereka.Isu membangkitkan kebencian kaum
itu satu hal ,tetapi yang menyedihkan bila sembelihan ayam itu pun kalau
diamati bercangah dengan nilai nilai islam.
Dengan tak sedar mereka telah
menpersenda senda agama mereka sendiri ,sebab apa !! kerana niat
sembelihan pun kerana benda lain, iaitu nawaitunya mahu melumur darah
ayam itu sebagai simbolik kepada "peristiwa berdarah" 13 Mei 1969." Maka
terbuktilah sembelihan itu haram dimakan kerana bukan kerana Allah...
Tidak ada dalam al quran, hadis atau
sunnah perbuatan menyimbah atau melumur darah binatang untuk sesuatu
tujuan. Tindakan yang bercanggah dengan ajaran islam dilakukan oleh
orang yang mengaku islam.
Dimana menteri atau mufti yang kononnya
menjaga kesucian islam? jangan buat pekak badak atau buta dengan
perbuatan sesat ini segelintir manusia yang menamakan diri mereka
sebagai 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' . .
Dan kepada pihak berkuasa pula pohon
ambik tindakan segera untuk meredakan api ketegangan ini "do something
la" jangan biarkan api kecil menjadi marak.....
Serta akhir sekali aku tengok Kempen
Rakyat 1 Malaysia yang di ilhamkan oleh Najib Tun Razak kini dilihat "
FAILED" mencapai matlamat .


0 orang berkata:
Post a Comment