Sunday, February 9, 2014
Zahid Kena Berhenti Menjadikan Dirinya Bahan Jenaka!
Entah berapa kali sudah Zahid keluarkan kenyataan secara melulu
Sama ada yang melibatkan undang-undang mau pun tuduhan
Sepatutnya Zahid merujuk kepada orang-orang yang pakar di Kementeriannya terlebih dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang membabitkan undang-undang supaya integritinya terpelihara dan tidak dijadikan bahan jenaka oleh rakyat
Nak kata dia tak cerdik, di pangkal namanya ada tertera 'Dr.'
Janganlah meletakkan diri setaraf dengan 'menteri-menteri cap ayam' yang lain
Sama ada yang melibatkan undang-undang mau pun tuduhan
Sepatutnya Zahid merujuk kepada orang-orang yang pakar di Kementeriannya terlebih dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang membabitkan undang-undang supaya integritinya terpelihara dan tidak dijadikan bahan jenaka oleh rakyat
Nak kata dia tak cerdik, di pangkal namanya ada tertera 'Dr.'
Janganlah meletakkan diri setaraf dengan 'menteri-menteri cap ayam' yang lain
Ahmad Zahid salah berhubung kenyataan terhadap Teresa Kok, kata peguam
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
FEBRUARY 09, 2014
Ahmad
Zahid terikat dengan undang-undang dan janji untuk memelihara,
melindungi dan mempertahankan Perlembagaan, kata N Surendran yang juga
ahli Parlimen Padang Serai. – Gambar fail.
Peguam jenayah
mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
yang mengatakan bukan satu kesalahan untuk menawarkan ganjaran untuk
menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, dengan berkata terpulang
kepada pendakwa raya untuk memutuskan jika kesalahan dilakukan.
Mereka berkata,
pihak polis mempunyai tanggungjawab untuk bertindak secara profesional
dan menyiasat apabila nyawa seseorang terancam, walaupun mereka di bawah
kementerian yang diketuai Ahmad Zahid.
Peguam
Syahredzan Johan berkata, sikap tidak peduli menteri itu tidak
sepatutnya berlaku dan polis sepatutnya menjalankan siasatan kerana
laporan polis sudahpun dibuat.
Beliau berkata
tugas polis adalah untuk mengumpul bukti yang ada dan menyerahkannya
kepada pendakwa raya yang akan memutuskan jika adanya kes untuk
didakwa."Polis sepatutnya menguatkuasakan undang-undang mengikut buku
statut," katanya kepada The Malaysian Insider.
Syahredzan
berkata, dengan membuat kenyataan sebegitu, Ahmad Zahid sebenarnya
menggalakkan tindakan tersebut, yang jelas melanggar undang-undang.
"Pelaku salah
juga patut diteliti di bawah Akta Perhimpunan Aman bagi membawa pisau
dan menyembelih ayam di pusat bandar," katanya.
Ahmad Zahid
berkata tidak perlu membuka penyiasatan atas laporan polis dibuat
terhadap Majlis NGO Islam - menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang
berani menampar ahli Parlimen Seputeh dan menyembelih ayam serta
mencalit darahnya atas kain rentang dengan wajah pemimpin Cina DAP dan
PKR di atasnya.
"Menampar bukan satu ancaman. Kalau mereka katakan bunuh, itu barulah ancaman," kata menteri itu semalam.
Pada Khamis,
badan yang digelar Majlis NGO Islam, menyembelih dua ekor ayam dan
menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani menampar Kok sebagai
tanda kemarahan terhadap pemimpin pembangkang itu yang dikatakan
menghina kepimpinan Melayu dan Islam.
Fokus badan tersebut adalah Kok dan video Tahun Baru Cinanya, bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014'.
Majlis NGO Islam menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani menampar Kok. – Gambar fail.Mereka kemudiannya mencalit darah ke atas kertas rentang dengan wajah Kok dan pemimpin lain.
Penasihat
Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata, kenyataan Ahmad Zahid juga
merupakan penghinaan terhadap wanita kerana menganggap ancaman yang
jelas sebagai satu jenaka.
"Beliau
menghantar mesej yang salah jika pro-Umno, anda akan kebal daripada
undang-undang. Beliau menunjukkan bahawa kita boleh berbuat dan berkata
apa sahaja, termasuk mengugut untuk memukul orang."
Paulsen berkata dalam kes ini, NGO tersebut melakukan kesalahan kerana menggalakkan jenayah terhadap seorang ahli Parlimen.
Sementara itu,
Peguam Gobind Singh Deo berkata, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani
Patail sepatutnya mendidik Ahmad Zahid tentang peruntukan Seksyen 503
(jenayah ugutan) Kanun Keseksaan.
Beliau berkata peruntukan itu menyatakan sesiapa yang mengugut untuk mencederakan orang lain melakukan jenayah ugutan.
Hukuman bagi
kesalahan itu adalah penjara selama dua tahun dengan saman, dan dalam
kes ugutan membawa kecederaan, hukuman adalah penjara sehingga tujuh
tahun.
"Ancaman menampar seseorang jelasnya jatuh di bawah seksyen ini," kata Gobind yang juga merupakan ahli Parlimen Puchong.
Beliau berkata, Ahmad Zahid tentunya keliru apabila berkata tindakan hanya akan diambil selepas sesuatu insiden berlaku.
"Itu memang
tidak munasabah. Undang-undang tidak perlu menunggu seseorang untuk
melakukan serangan sebelum tindakan diambil. Ancamannya sudah jelas. Dia
seperti tidak faham perkara ini," katanya.
Peguam N
Surendran pula berkata Ahmad Zahidi merendahkan penguatkuasaan
undang-undang, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia secara
terbuka.
"Kenyataan
beliau adalah sama dengan melepaskan tangan daripada tanggungjawabnya
sebagai menteri," kata ahli Parlimen Padang Serai itu.
Katanya Ahmad Zahid terikat dengan undang-undang dan janji untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan.
Beliau juga
berkata Ahmad Zahid melanggar sumpah janji kepada Pejabat Perdana
Menteri, dengan menambah: "Beliau membuktikan beliau tidak layak
memegang jawatan menteri dalam negeri atau apa-apa jawatan lain."
Surendran menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memastikan undang-undang dilaksanakan dalam perkara ini.
"Mereka yang bersalah menawarkan ganjaran tampar ini perlu ditahan," katanya.
Ahmad Zahid
menegaskan tiada keperluan untuk menyiasat ancaman dan tawaran itu,
sebaliknya mengatakan kementeriannya dan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia sedang meneliti Kok atas videonya, setelah menerima
lebih dari 300 laporan polis.
Semalam polis
sudahpun memulakan penyiasatan terhadap aduan Kok dan mengklasifikasikan
kes itu di bawah Seksyen 505 (c) bagi kerosakan awam dengan tujuan
menghasut orang ramai untuk mencederakan orang awan, serta Seksyen 506
kerana jenayah ugutan. – 9 Februari, 2014.




0 orang berkata:
Post a Comment