Friday, February 7, 2014
Ape Ker Benda Ni Pemuda PAS?
Aku nak katakan aku bukan penyokong Anwar
Cuma aku berpijak di alam realiti
Kenapa Ketua Pemuda PAS 'lebih sudu dari kuah'?
Sebelum ini di Kelantan ada PAS bincangkan di Majlis Tertinggi PR?
Di Pulau Pinang ada DAP bincang dengan Majlis Tertinggi PR
Begitu juga di Terengganu dan Kedah dahulu
Lagi satu aku dah mula terhakis kepercayaan kepada orang-orang PAS di dalam mentadbir negeri
Terengganu tumbang awal-awal lagi
Selepas tu Kedah terlepas
Perak dirampas
Sekarang ini Kelantan pula goncang setelah TGNA melepaskan jawatan
Pentadbiran Negeri Selangor lagilah mencabar
Jadi mana trek rekod PAS yang boleh diambil panduan?
Kenapa marahkan Anwar
Kalau pimpinan PKR setuju dan Sultan Selangor restu
Apa orang lain nak kata kecualilah Sultan bertegas mahu mana-mana individu yang baginda berkenan
Di Selangor rasanya keputusan terakhir di tangan Sultan
Cuma aku berpijak di alam realiti
Kenapa Ketua Pemuda PAS 'lebih sudu dari kuah'?
Sebelum ini di Kelantan ada PAS bincangkan di Majlis Tertinggi PR?
Di Pulau Pinang ada DAP bincang dengan Majlis Tertinggi PR
Begitu juga di Terengganu dan Kedah dahulu
Lagi satu aku dah mula terhakis kepercayaan kepada orang-orang PAS di dalam mentadbir negeri
Terengganu tumbang awal-awal lagi
Selepas tu Kedah terlepas
Perak dirampas
Sekarang ini Kelantan pula goncang setelah TGNA melepaskan jawatan
Pentadbiran Negeri Selangor lagilah mencabar
Jadi mana trek rekod PAS yang boleh diambil panduan?
Kenapa marahkan Anwar
Kalau pimpinan PKR setuju dan Sultan Selangor restu
Apa orang lain nak kata kecualilah Sultan bertegas mahu mana-mana individu yang baginda berkenan
Di Selangor rasanya keputusan terakhir di tangan Sultan
Published: Jumaat Februari 7, 2014 MYT 4:49:00 PM
Updated: Jumaat Februari 7, 2014 MYT 4:51:43 PM
MB Selangor Patut Diputuskan Oleh MT Pakatan Rakyat - Pemuda PAS
Suhaizan Kayat.
KUALA LUMPUR: Perkara
mengenai menteri besar Selangor patut dibincang dan diputuskan oleh
Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat, sebelum sesiapa mahu membayangkan
dirinya menteri besar, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.
Beliau berkata,
tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan
dirinya mungkin menjadi menteri besar Selangor jika menang Pilihan Raya
Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac depan, dilihat
sebagai suatu yang tidak wajar.
(Malah) Tindakan Anwar itu dilihat seperti tidak menghormati menteri besar sedia ada, kata Suhaizan.
"Cuba bayangkan
ketika ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar
Selangor dan tiba-tiba ada pihak mengaku akan menjadi menteri besar
Selangor (menggantikan Abdul Khalid).
"Ia seakan
tidak enak didengar, biarlah Abdul Khalid menjadi Menteri Besar dan
tidak perlu ada orang cakap mahu menggantikannya sehingga perkara
itudibincang dan diputuskan secara bersama dalam Pakatan Rakyat,"
katanya ketikadihubungi Bernama di sini, Jumaat.
Dalam laporan
media pada Jumaat Anwar dipetik sebagai berkata beliau mungkin
akandilantik menteri besar Selangor menggantikan Abdul Khalid jika
menang PRK kerusi DUN Kajang.
Kerusi DUN
Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut Adundaripada
PKR, Lee Chin Cheh pada 27 Januari sebelum Anwar diumumkan sebagai
calonPRK kerusi DUN berkenaan sehari kemudian.
"Kita tunggu
sahaja sehingga keputusan DUN Kajang nanti dan jika beliau (Anwar)
menang, Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan bermesyuarat dan berbincang
sebelum membuat sebarang keputusan," kata Suhaizan.
Beliau berkata,
walaupun PAS sebelum ini berkeras menolak Anwar sebagai calon menteri
besar Selangor menggantikan Abdul Khalid, namun parti itu terpaksa akan
akur dengan sebarang keputusan yang diputuskan Majlis Tertinggi.
Sementara itu,
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi enggan
mengulas lanjut mengenai kenyataan Anwar itu.
Katanya, soal
siapa menjadi menteri besar seharusnya tidak timbul kerana tumpuan
sebenar ketika ini adalah untuk Pakatan Rakyat memenangani PRK DUN
Kajang.
"PAS tidak mahu
fikir siapa jadi menteri besar dan perkara itu biarlah diputuskan
secara bersama dalam Pakatan Rakyat kerana tumpuan kita adalah PRK DUN
Kajang," kata Tuan Ibrahim.
Sementara itu
di KAJANG, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata Anwar patut
memberitahu pengundi PRK jika benar beliau akan menjadi menteri besar
Selangor sebelum hari pengundian.
"Warga Kajang
berhak untuk mengetahui perkara sebenar. Walaupun sudah beberapa kali
Anwar memberi bayangan jawatan menteri besar untuknya...tetapi tidak
pernah menyatakan secara berterus-terang.
"Rakyat Kajang
juga perlu tahu sama ada Anwar wajar dipilih menjadi wakil rakyat yang
bersedia untuk berkhidmat dan bukan untuk percaturan politik sendiri,"
katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan 'angpau' dan
buah limau di Rumah Kebajikan Orang Tua Caring di Kajang.
Mah berkata, politik sebegini semata-mata atas kepentingan diri dan terus memperbodohkan rakyat.
"Tindakan wakil
rakyat PKR Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN Kajang pun telah bukan
sahaja membebankan rakyat, tetapi juga membelot kepercayaan rakyat yang
mengundinya dengan harapan untuk melihat pembangunan dalam jangka masa
lima tahun," katanya. - sumber


0 orang berkata:
Post a Comment