Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kafeteria Perpustakaan Negara disamun dua lelaki bersenjatakan parang


07/02/2014 4:53pm

KUALA LUMPUR - Kafeteria Perpustakaan Negara Malaysia di Jalan Tun Razak di sini disamun dua lelaki bersenjatakan parang kira-kira 1.30 tengah hari ini.
Pengusaha kafeteria itu, Mahsuri Hassan, 50, berkata, ketika kejadian, beliau sibuk menyediakan dokumen berkenaan urusan perniagaan sebelum dua lelaki memakai topeng dan berjaket biru memasuki kafeteria itu.
"Dua lelaki itu memakai topi keledar berwarna merah mengacukan parang kepada saya sebelum cuba menarik gelang tangan dan rantai yang saya pakai. Saya jerit minta tolong dan ketika itu hanya 10 pelanggan dan pekerja wanita sahaja berada di sini.
"Setelah saya enggan memberi barang kemas, seorang daripada suspek itu bertindak mengambil peti wang yang dipenuhi hasil jualan dari pagi hingga tengah hari hampir RM3,000,” katanya.
Beliau yang menjalankan perniagaan di kafeteria itu sejak tiga tahun lepas, berkata selain duit, telefon bimbit dan cek yang disimpan di dalam peti itu turut dilarikan suspek. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.