Henti politik perkauman
KUALA TERENGGANU - Pas menyatakan pendirian tegas untuk menentang
politik perkauman dalam memastikan keharmonian hidup masyarakat majmuk
di negara ini.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan terikut-ikut dengan amalan BN yang didakwa menjadikan perbezaan kaum sebagai alat untuk mengekalkan kuasa mereka.
“Pas memberi jaminan kepada kaum Tionghoa, Pas akan menentang politik perkauman. Elakkan perpecahan yang boleh merugikan kita dan anak-anak kita,” katanya ketika berucap sempena Majlis Makan Malam Gong Xi Fa Cai di Kampung Tiong, di sini.
Abdul Hadi menjelaskan, perbezaan kaum wujud ketika penjajahan barat dalam usaha pihak terbabit membangunkan kuasa besar British.
Dalam masa sama katanya, penjajah mengambil kesempatan melaga-lagakan masyarakat pelbagai kaum yang wujud di negara ini sebagai bom jangka kepada mereka.
Jelasnya, walaupun penjajah sudah tiada namun pengaruh tersebut tetap ada dan pihak terbabit dilihat mempunyai satu perancangan jangka panjang supaya kaum di negara ini hidup dalam keadaan tidak harmoni antara satu sama lain.
“Baru-baru ini satu pendedahan dibuat melalui internet bagaimana kuasa besar barat memecahbelahkan masyarakat dunia mengikut kaum dan agama supaya mereka dapat mengambil kesempatan di Afrika, Asia dan di mana sahaja, termasuk di negara ini.
“Mereka jadikan perbezaan kaum ini sebagai cara pecah belah, memberikan peluang kepada mereka sekiranya berlaku pertembungan antara satu sama lain. Terpulang kepada kita sendiri untuk membetulkan keadaan,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment