Larangan bermotif politik
PASIR PUTEH - Arahan Yayasan Islam Kelantan (YIK) melarang pemimpin BN
memasuki sekolah agama untuk menyampaikan bantuan awal persekolahan
kepada pelajar sekolah disifatkan sebagai perbuatan yang tidak wajar dan
bermotifkan politik.
Adun Semerak, Zawawi Othman berkata, arahan itu juga tidak menepati kehendak Islam sebenar kerana ia cuba menyemai perasaan benci dan tidak bertoleransi di kalangan pelajar.
"Kita cuba untuk memasukinya dengan niat mendidik mereka dengan nilai-nilai murni dan bersyukur serta berterima kasih terhadap prihatin kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil di sini, hari ini.
Sebanyak 986 pelajar sekolah berkenaan menerima bantuan itu membabitkan peruntukan lebih RM90,000.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas arahan terbaharu YIK kepada sekolah-sekolah agama di Kelantan supaya tidak membenarkan mana-mana pemimpin dari BN memasuki sekolah untuk menyampaikan bantuan itu.
Zawawi yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh berkata, sebelum itu pihaknya telah mengatur jadual wakil-wakil bahagian yang akan menyampaikan bantuan itu di sekolah-sekolah agama di Pasir Puteh.
"Tetapi kita amat kecewa kerana terpaksa membatalkannya apabila menerima jawapan dari pihak sekolah terbabit bahawa mereka tidak dapat menerima wakil BN dengan alasan menerima surat arahan daripada YIK," katanya.
Zawawi mendakwa antara sekolah yang menerima arahan itu termasuk tiga buah sekolah agama bantuan kerajaan persekutuan (SABK) iaitu di Kampung Nering, Lepah dan Telosan di Pasir Puteh.
Katanya, berikutan arahan itu ia menyusahkan ibu bapa kerana terpaksa menghantar anak-anak mereka menerimanya di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan yang lokasinya lebih jauh dari sekolah asal.
"Sepatutnya masalah itu tidak timbul lagi selepas Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sanggup berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa bulan lepas bagi menyelesaikan beberapa perkara berkaitan pembangunan," katanya. - Bernama

Zawawi

0 orang berkata:
Post a Comment