MB Selangor lidah bercabang, kata Syed Ali
SHAH ALAM – Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee
menyifatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai
pemimpin lidah bercabang.
Beliau berkata demikian ekoran sikap Khalid yang suka berdolak-dalik berhubung tanda tanya siapa bakal Menteri Besar selepas PRK Dun Kajang, 23 Mac ini.
"Sebelum ini Abdul Khalid menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan jadi menteri besar.
“Semalam pula kata sedia lepas jawatan berkenaan bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR itu," katanya yang dipetik dari blog Umno Cheras.
Menurutnya, sikap berdolak-dalik itu menunjukkan Khalid sebenarnya keberatan untuk melepaskan jawatan menteri besar walaupun didesak berbuat demikian.
Kata Syed Ali, isu pertukaran Menteri Besar Selangor sudah sekian lama bertiup apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dikaitkan mengidam kerusi berkenaan.
Sehubungan itu katanya, kemungkinan Azmin akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRK Dun Kajang tidak boleh diketepikan.
“Dalam temu bual dengan saluran televisyen Australia, Newsline pada Khamis lalu seperti dilaporkan akhbar, Anwar berkata Abdul Khalid akan mengambil alih tempatnya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor jika beliau menjadi menteri besar.
“Anwar menjelaskan, perkara itu sedang dibincangkan dengan Abdul Khalid. Abdul Khalid pula bagaimanapun menolak desas-desus bahawa Anwar akan menggantikan tempatnya sebagai menteri besar,” katanya.
Syed Ali berkata perebutan kerusi Menteri Besar Selangor membabitkan Anwar dan Abdul Khalid juga membuktikan parti berkenaan hanya mementingkan kuasa politik.
"Anwar dan Abdul Khalid, sama-sama pemimpin lidah bercabang, langsung tidak boleh dipercayai kerana perlakuan politik mereka tidak menjuruskan kepada kepentingan rakyat," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kesediaan Anwar bertanding pada PRK Dun Kajang bukan kerana untuk memberikan khidmat kepada rakyat tetapi ada agenda tersembunyi
"Oleh sebab itu Anwar berkeras mahu bertanding di Dun Kajang dan mengambil alih jawatan Menteri Besar walaupun terpaksa menyingkirkan Abdul Khalid.
"Pada hemat saya, pemimpin Pas Selangor tidak terlalu bodoh untuk membiarkan Anwar melantik dirinya sendiri sebagai menteri besar," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment