Khamis, 13 Februari 2014
PKR akan lapor SPRM, TYT perlu bebas rasuah kata Rafizi
PETALING JAYA - PKR hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya mempertimbangkan
mana-mana calon bagi jawatan Yang di-Pertua (TYT) Sarawak bebas daripada
siasatan salah laku rasuah dan penyelewengan.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan salah guna kuasa jawatan TYT untuk mendapatkan kekebalan daripada pendakwaan.
"Jawatan TYT itu sebahagian daripada majlis raja-raja, jika TYT itu dirujuk ke mahkamah khas akibat kes rasuah, ia akan mencemarkan imej institusi di raja.
"YDPA perlu buat pendirian tegas bahawa mana-mana calon yang dipertimbangkan bagi jawatan TYT perlu diisytiharkan SPRM bahawa tiada siasatan yang masih belum ditutup terhadap calon itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini.

0 orang berkata:
Post a Comment