Tun M: PKR tak patut bolot kerusi MB
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat
sudah masanya PKR mengembalikan kerusi Menteri Besar Selangor kepada
Pas. Beliau berkata, PKR bukan menguasai keseluruhan PR seperti Umno dalam BN.
"Pas berhak untuk kerusi itu (menteri besar). Tidak bolelah dikuasai
satu parti sahaja bukan macam BN, jumlah terbesar Umno sebab itu
pemimpin Umno diangkat jadi perdana menteri.
"Tetapi dalam Selangor bukan PKR punya kuasa terbesar, jadi tidak
patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya," katanya ketika
ditanya mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dipilih sebagai menteri Besar Selangor yang baru.
Menurut Mahathir dalam perkiraan sama juga Anwar juga bukan calon yang paling berhak untuk jadi perdana menteri. "Anwar tiada hak untuk meletakkan syarat itu kepada parti dibawah PR," katanya.
Ditanya mengenai siapakah calon BN yang layak menyaingi Anwar dalam pilihan raya kecil ( PRK ) Dun Kajang.
Mahathir berkata, siapa calonnya tidak penting, tetapi parti yang mampu memberi khidmat terbaik itu perlu dipilih rakyat.
"Saya berpendapat kerajaan PR tidak mungkin mampu beri khidmat yang baik pada rakyat.
" Oleh itu rakyat perlu utamakan nasib mereka sendiri, kalau mereka
salah pilih, dengan hanya kerana marah dan percaya dengan tuduhan palsu
terhadap kerajaan dan pilih parti lawan saya rasa ini rugi," katanya.
Tambah beliau, dalam demokrasi rakyat perlu berpegang pada bilangan
kerusi terbesar jangan hanya terpengaruh dengan dakwaan dan menggadai
nasib mereka.
Mengulas mengenai kegagalan Anwar menyingkir peguam kanan kerajaan Tan
Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam kes rayuan Liwat II itu.
Mahathir berkata, Ketua Pembangkang itu menggunakan segala cara bagi melewatkan perjalanan kes beliau.
"Anwar mahu lewatkan selama mungkin sebab itu dia bawa usul untuk
singkir Shafee, kerana dia takut dibicara sebab dia buat salah.
"Tetapi saya juga percaya dia takut pada shafee, sebab Shafee menang
banyak kes yang rumit. Sebab itu Anwar gentar jugalah," katanya.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan Ekspo Buku Malaysia dan anugerah
Buku Negara 2014 turut mengajak orang ramai menzahirkan catatan harian
dan pengalaman melalui tulisan.
Menurut beliau, tulisan itu bukan hanya dengan melalui penghasilkan
buku sahaja tetapi dengan adanya kemudahan Internet, oranga ramai boleh
menulis di ruang-ruang siber.
Bagaimanapun katanya, informasi di internet tidak kekal, jadi penting
untuk dibukukan hasil tulisan itu agar maklumat yang ingin dikongsikan
kekal menjadi panduan di masa hadapan.


0 orang berkata:
Post a Comment