Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pas Terengganu akan dedah penyelewengan terbesar
  • Dr Syed Azman  
  • Dr Syed Azman
1 / 1
KUALA LUMPUR – Pas Terengganu bakal mendedahkan empat penyelewengan terbesar di Terengganu dalam pertemuan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jumaat ini.

Adun Batu Gurok, Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, pihaknya telah menerima surat balasan yang menyatakan persetujuan daripada SPRM yang bertarikh 10 Februari lalu.

“Saya telah menerima surat daripada SPRM yang bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan temu janji dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

“...untuk bincang soal rasuah di Terengganu, Jumaat ini pada jam 3 petang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, hari ini.

Menurut beliau, empat isu penyelewengan di Terengganu yang bakal disentuh adalah pembalakan, perlombongan, Tasik Kenyir dan pembinaan Pasar Payang.

“Terengganu negeri yang cukup kaya tapi banyak penyelewengan. Kita dapat lihat kemiskinan dialami rakyat.

“Bajet Terengganu tertinggi di Semenanjung iaitu RM 2.3 bilion tapi rakyat hidup daif,” katanya.

Syed Azman yang juga AJK Pas Pusat bakal ke Ibu Pejabat SPRM bersama beberapa ahli politik Terengganu yang lain.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.